Wednesday, August 11, 2010

Strategi bersangkalah baik kepada musuh..

Petikan dari ceramah ciptaan sendiri:

"Saudara- saudaraku sekalian, kita semua WAJIB Husnu-Zan (bersangka baik) kepada musuh Islam (DAP) LEBIH daripada mereka yang asabiyah (UMNO).

Ini kerana, kalau kita bersangka baik pada mereka yang asabiyah, mereka cuma akan tolong kita dari aspek bangsa saja, pasal agama mereka tak peduli walaupun mereka juga adalah Islam.

Sejarah telah membuktikan kalau kita bersangka baik kepada musuh Islam sepenuh jiwa dan raga, Islam akan lebih maju dan lebih diterima ramai!

Kalau kita dengar DAP persoalkan peruntukan masjid, itu bukanlah bahaya kepada kita kerana mereka cuma mahu keadilan saja. Walaupun bangsa mereka kaya dan pegang ekonomi negara kita, mereka sangat perlukan peruntukan kerajaan untuk membangunkan agama mereka supaya setaraf dengan agama suci kita, Islam.

Jadi, demi keadilan, kita WAJIB bantu mereka ini!

Bukan setakat itu, kita perlu balas sangka baik DAP kepada kita. Untuk itu, PAS telah ikhlas gugurkan tuntutan Negara Islam dalam manifesto PRU12 yang lalu walaupun DAP tak perlu gugurkan apa-apa.

Sebab itulah saya rasa PAS adalah pejuang agama yang sejati dan berani!

Oleh itu kita mesti tukar kerajaan dari UMNO kepada PAS. Kita mesti buang Najib dan kuncu-kuncunya.

Kita mesti memartabatkan kuncu-kuncu pemakan balak (kelantan), penaik menantu (TGNA-Ariff fahmi) dan penaik anak-anak (Anwar-Nur Izzah, Karpal-Gobind). Mereka sekali-kali tak amalkan kronisme kerana anak dan menantu mereka adalah sangat layak.

Sudah-sudahla kena tipu dengan UMNO tu. Kita sebagai rakyat berhak ditipu orang lain pulak. Lagipun, kita mesti cuba kerajaan baru dulu baru kita tahu.

Kita mesti berani korbankan 5 tahun untuk buat eksperimen hanya berdasarkan Husnu-Zan pada musuh Islam! Itulah yang disarankan pakar strategi pembangunan Islam seluruh dunia.

Kita kena ingat, kita semua tak perlukan otak dan pemikiran yang waras. Yang kita perlu cuma husnu-zan dan bertawakkal pada Yang Esa.

Insya-Allah, Islam akan bangkit dengan sendirinya berdasarkan perlembagaan yang akan melindungi kita.

Ayuhlah kita semua tukar kerajaan! Ayuhlah kita terus bersangka baik kepada musuh Islam! "

No comments: