Thursday, January 14, 2010

Apabila 'Allah' untuk semua..







Apakah yang anda rasa apabila melihat gambar-gambar di atas? Sejauh manakah kita mahu perjudikan iman-iman rakan kita di luar sana?

Friday, January 8, 2010

Ya, Teoh Beng Hock mungkin dibunuh, tapi bukan oleh MACC..

Soalan paling mudah ialah siapa yang untung sekiranya Teoh Beng Hock (TBH) mati?

Sekiranya MACC yang untung, hilangnya TBH bermakna terhapusnya seorang saksi TERPENTING dalam mengaitkan salahlaku DAP. Peluang semudah ini dengan bukti sebanyak ini bukannya selalu ada. MACC AMAT MEMERLUKAN TBH untuk mensabitkan ahli DAP dalam kes rasuah yang sedang disiasat.

Jadi, buat apa MACC mahu membunuh saksi terpenting mereka sendiri?

Yang lebih musykilnya sekarang ialah DAP.

Walaupun merekalah yang PALING UNTUNG dengan kematian mendiang, merekalah nampaknya yang paling bersungguh-sungguh mahukan MACC yang membunuh mendiang. Kalau dikaji-kaji, sebenarnya kesungguhan DAP memang berasas.

Dengan adanya orang lain sebagai kambing hitam (MACC), maka pembunuh sebenar akan terlepas. Sedaya upaya mereka akan kaitkan MACC kerana kalau bukan MACC, sudah tentu merekalah yang bersalah?

Tapi, satu perkara yang paling penting ialah MACC TELAH LALAI dalam menjaga saksi mereka. Sekiranya TBH benar dibunuh, ia telah berlaku di dalam kawasan MACC. Begitu juga kiranya beliau bunuh diri. KELALAIAN INI TIDAK BOLEH DIMAAFKAN.

Matinya TBH, bermakna DAP tidak boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah. Matinya TBH bermakna rakyat akan kehilangan peluang untuk melihat sendiri siapakah DAP.

Jadi, siapakah sebenarnya yang perlu bunuh TBH?