Monday, June 6, 2011

PAS bakal dominasi Pakatan Rakyat?

1. Malaymind mengalukan kemenangan Mat Sabu dan kumpulan profesional PAS. Sudah lama PAS tunduk pada PKR dan DAP dan kali ni kita harap golongan profesional PAS dapat kembalikan keyakinan orang Islam pada parti itu.

2. Mat Sabulah orang pertama yang panggil Al-Juburi setahun sebelum Tun Dr Mahathir memecat DSAI. Kalau tak silap Malaymind, dia adalah antara orang yang bertemu dengan saksi liwat / zina sebelum dia berani dedahkan perilaku bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada umum dalam ceramah-ceramahnya.

3. Kini atas kapasiti Timbalan Presiden, Mat Sabu akan dapat bertentang mata dengan DSAI setiap kali meeting Pakatan Rakyat dan Malaymind percaya ia takkan begitu mudah untuk DSAI merencanakan Pakatan Rakyat sepertimana dulu. Ini adalah satu perkara yang baik untuk PAS.

4. Bagi golongan yang Pro-ulama dalam PAS, rencana Islam masih kekal dengan adanya Presiden di kalangan ulama dan Dewan Ulama yang bakal diberi kuasa untuk audit parti. Ia baik sebagai internal check and balance kepada Mat Sabu & profesional PAS yang lainnnya.

5. Untuk ganti UMNO, PAS perlu jadi dominan dalam Pakatan Rakyat. Sudah tiba waktunya PAS diberikan lebih kuasa untuk tentukan polisi dan arah tuju rakyat yang bencikan BN. PAS akan dapat semua ini kerana Nasharudin dilihat lemah, begitu juga Tuan Ibrahim kerana mereka adalah dari golongan orang baik-baik. Orang baik memang takkan buat perkara yang kejam dan keras, tapi Mat Sabu bukan begitu.

6. Dengan perkembangan ini juga kita akan lihat PKR akan kurang relevannya kerana PAS kini adalah profesional-melayu-friendly. DAP takkan berjaya pijak kepala orang PAS melalui PKR dan kita harap PAS akan terus pandang ke depan untuk jadi dominan sebelum PRU ke 13.

7. Bagaimana pula dengan BN? Program transformasi mereka masih berjalan dan harapnya DS Najib dapat buat PRU13 ketika keputusan transformasi itu telah dapat dirasa oleh rakyat. Ketika itu, ialah adalah antara PAS dan UMNO, bukannya DAP atau UMNO.

8. Selamat tinggal PKR dan DAP. Kini giliran anda bekerja kuat untuk PAS pula.