Wednesday, April 8, 2009
Guru sebagai wakil sokongan akar umbi
Gambar diambil dari website manpower india
1. Umum tahu BN telah berjaya mengekalkan Batang Ai. Begitu juga Pakatan Rakyat di bukit selambau dan bukit gantang. Di sebalik 'good mood' peralihan kuasa UMNO, keputusan ini sudah tentu agak mengecewakan tetapi ada juga kebaikannya ia berlaku sekarang.
2. Dengan jangkaan kemenangan BN yang meleset, Najib dan teamnya terpaksa melakukan lebih lagi. UMNO perlu melakukan lebih banyak pembaharuan untuk mendapatkan undi belia dan bukan melayu yang nampaknya begitu beralih arah.
3. Tak perlu pegi jauh.
4. Kawan-kawan universiti Malaymind majoritinya adalah mereka yang pro-PR termasuklah kawan - kawan peringkat sekolah rendah dan menengah. Ini cuma segelintir contoh belia yang ada.
5. Yang Pro-BN di peringkat pemimpin akar umbi pula adalah mereka yang mahu cari makan dari projek - projek kerajaan. Penyokong tidak aktif UMNO tidak punya banyak pilihan selain dari mereka ini kerana mereka sanggup mengabdikan diri sepenuhnya demi UMNO. Disitulah mata pencarian mereka.
6. Dek kerana tidak punya waktu untuk kerjaya lain, mereka terpaksa bergerak munggunakan dana dari pihak atasan untuk terus mencari sokongan. Mereka juga kerap bergantung kepada sumbangan awal sebagai cara untuk mula mendekati akar umbi.
7. Oleh itu, semakin banyak masa diperuntukkan untuk membeli sokongan, semakin berakar umbilah budaya rasuah di dalam UMNO. Duit yang habis perlu diganti dan pemimpin atasan akhirnya tidak punya pilihan selain dari terus menyalurkan dana kepada wakil peringkat cawangan ini.
8. Oleh itu, apa yang patut UMNO lakukan ?
9. Melalui pengamatan Malaymind, guru merupakan calon yang paling efektif untuk menghapuskan budaya ini. Guru adalah orangnya dimana sokongan adalah berdasarkan rasa hormat dan juga ilmu.
10. Meskipun tanpa terlibat di dalam politik wang, guru mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan sokongan dari kalangan anak-anak murid mereka, dari kalangan ibu bapa murid dan juga kalangan guru sendiri.
11. Guru juga punya lebih waktu untuk bergaul dengan masyarakat dalam aktiviti setempat dan semua ini tidak memerlukan dana yang besar selain dari karisma yang ada dalam diri mereka.
12. Secara prinsipnya, UMNO tidak boleh terus bergantung kepada mereka yang membeli untuk mendapatkan sokongan. Lebih ruang perlu disediakan kepada guru sebagai focal point sokongan akar umbi kerana mereka punya potensi menjana sokongan yang tulen.
6 comments:
Malay Mind,
1. Ia lebih kepada langkah terdesak...
2. Pandangan anda menjadikan guru sebagai wakil umno/bn pada saya ia mempunyai persamaan dengan cadangan naib pres umno yang baru yang juga merupakan menteri pelajaran tidak sesuai..jika bekas guru lebih sesuai..
ia bakal menjejaskan pelajaran anak-anak kita untuk mendapatkan ilmu..
3. guru sendiri, tidak akan ikhlas bersama parti pemerintah, pasti mereka akan mengunakan peluang ini untuk balik ke kampung halaman tidak lagi mahu berkhidmat diluar..
4. adalah amat sukar untuk menghapuskan budaya rasuah yang telah lama berakar umbi dalam umno, pada saya perkara utama yang perlu dikaji ia matlamat utama umno itu sendiri..
Shahril,
Sekiranya UMNO membeli undi, dikatakan UMNO rasuah. Sekiranya UMNO melibatkan guru, dipanggil langkah terdesak.
Mungkin maksud saudara ialah UMNO perlu membiarkan partinya hilang sokongan supaya PAS dapat memerintah Malaysia bersama DAP.
Matlamat UMNO sudah jelas. Matlamat DAP juga sudah jelas.
Malaymind,
Mungkin saudara perlu mencari langkah lain.. Kenapa Guru?
Lebih mulia jika mereka mengajar membangunkan ummat..
UMNO perlu lebih cermat dan teliti dalam setiap langkah yang di ambil.. perlu kaji Pro and Con sebaik-baiknya.
Mungkin juga cadangan perwakilan UMNO semasa persidangan lepas, UMNO atau kerajaan perlu membangunkan sekolah tahfiz dan menaja pelajar agama, supaya nampak umno tidak menolak agama..
Dan kembalikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.. bukankah ia 100% untuk MELAYU ISLAM?
Umno perlu bangkit segera!
Saudara Ano,
Terima kasih di atas cadangan.
Tujuan utama menjadikan guru sebagai satu rangkaian UMNO adalah kerana dari merekalah kerajaan mendapat input untuk membuat polisi - polisi.
Oleh kerana mereka punya sokongan yang tulen, kerajaan akan dapat capaian terus kepada rakyat dan sudah tentu mereka dapat membangunkan ummah juga dengan cara itu.
Berbanding melantik orang-orang elit sebagai rangkaian pemimpin, polisi kerajaan akan dibentuk oleh mereka yang asing dengan rakyat.
Kesudahannya, polisi itu tidak akan mencerminkan rakyat yang sebenar.
sepatutnya x perlu golongan sasaran pada siape2 pon. biarkanlah terbuka kepada semua penyertaan parti ni. kalau isi perjuangan parti ni menarik minat hatta sang penarik beca sekalipon biarkanlah. tapi umum tahu kakitangan kerajaan terikat dengan hidden policy kerajaan yg mereka ini x boleh terlibat dgn pembangkang. harapan saya kalau guru mahu ditarik masuk berpolitik, biarlah mereka sendiri yg tentukan, bukan org lain. iya lah, sudahlah media umum pon bias kerajaan, tenaga pengajar pon mahu ditukar menjadi bias jgk?
Saudara Ano,
Cadangan ini bukan mahu menarik, tapi mahu membuka ruang. Pilihan tetap pada empunya badan.
Berkenaan orang yang bias kepada kerajaan, saya berpendapat, ia tidak salah sepertimana juga ada orang yang bias pada pembangkang.
Asalkan ada hujah disebaliknya.
Tak semestinya bias pembangkang itu betul dan bias kerajaan itu salah.
Post a Comment