Saturday, October 10, 2009
EGM MCA: Pengajaran kepada UMNO dan PAS
Walau apapun kata mereka, Malaymind tabik dengan Ong Tee Keat kerana sikap gentleman beliau. Yang paling cerdik setakat ini ialah perwakilan MCA.
Mereka nampaknya dah buat keputusan. Bosan dengan gelagat 2 orang yang berbalah, buang saja kedua-duanya.
Itulah yang akan jadi dengan UMNO dan PAS nanti.
Orang Islam di malaysia memerlukan parti melayu yang kuat untuk mengimbangi kuasa ekonomi kaum bukan Islam. Walau sedengki mana orang bukan melayu yang mengutuk melayu kerana status bumiputeranya, atau sebangang mana orang melayu yang kata dia tak mahu status bumiputera itu sebab dia dah bersedia untuk berdaya saing, pastikan kita tahu rakyat semua sedang melihat.
Begitu juga halnya dengan PAS yang kerjanya hanya melabel orang lain tidak Islam, bukannya berusaha meningkatkan Islam. Termasuklah UMNO juga yang dipenuhi perasuah dan golongan elit yang buta Islam, tidak pula memartabatkan rakyat berbanding perut sendiri.
Ya, rakyat sedang melihat.
Kalau PAS dan UMNO sentiasa bertelagah, tidak mustahil EGM (PRU13) nanti akan berpihak kepada PKR dan DAP. Orang meluat dengan UMNO sebab isunya, dan PAS dengan alternatifnya. Kalau betul nak jadi alternatif, kenalah lebih baik orang kata. Nak jadi lebih baik, bukannya dengan cara burukkan orang lain.
Kalau nak merosakkan dominan UMNO dalam BN, jangan lupa pulak jadikan PAS dominan di dalam pakatan rakyat. Kalau setakat nak rosakkan UMNO lepas tu biarkan aje PAS jadi lembu dalam PR, tak payah jadi orang Islamlah.
Parti masing-masing ada kelemahannya. Baikilah kelemahan itu bukannya semata-mata nak merosakkan parti orang lain.
Kita kena ingat, ahli UMNO cuma 3 juta saja. PAS lagilah kurang. Itu ahlinya bukannya yang aktif lagi. Rakyat Malaysia pulak dah mencecah 27 juta. Yang boleh mengundi, lebih 10 juta. Tak ada parti yang boleh rasa dia kuat tanpa sedar bahawa yang atas pagar lagi ramai. Nak poyo-poyo sokong parti sendiri pun, biar ingat fakta ni dalam kepala.
Buat masa sekarang ni, UMNO tengah berhempas pulas nak ubah parti supaya lebih relevan. Baguslah.
PAS pun berhempas pulas juga nak jadikan parti mereka lebih universal. Pun bagus juga.
Cuma kena ingat, UMNO tak perlu korbankan perjuangan melayunya untuk jadi relevan, tapi PAS tidak. Makin banyak PAS menuju ke arah universal, makin banyak mereka berkompromi untuk perjuangan Islamnya.
Jadi, berjaga-jaga sikit ahli PAS. Sendiri jaga parti sendirilah orang kata.
Sebagai rakyat marhaen yang tak punya apa-apa, Malaymind tidak hadkan pangkah pilihanraya untuk sokong calon ikut parti saja. Calonnya kenalah bersih, bukan saja dengan songkoknya. Kalau berserban tapi kotor cara pun kena elak juga.
Atau nak ganti saja UMNO dan PAS ni dengan parti lain? PKR taknaklah sebab itu lagi teruk. Topengnya universal, tapi asasnya memijak PAS. PKR memang relevan apabila menumpang orang lain. Tapi kena ingat, tanpa parti lain yang boleh dia pijak, PKR tak ada apa-apa.
Nasib baiklah UMNO dah nak ubah perlembagaannya minggu depan. Dapat juga buang pemimpin yang kotor dan berlagak.
Pasal PAS, biarlah ahlinya sendiri yang memikirkannya.
p/s: Gambar di atas ialah 'petugas PAS' yang kononnya dicederakan oleh penyokong UMNO. Melainkan tukang libasnya itu samurai, Malaymind tak percaya pedang itu mampu koyakkan baju tetapi tidak kulitnya. Ingatkan PAS lebih bersih dari UMNO, rupanya guna cara kotor yang sama saja!
2 comments:
1. Undi tidak percaya kepada OTK memerlukan 2/3 dari perwakilan. bermakna OTK tidak dibuang. Hanya CSL saja.
2. Macam mana nak buang dua-2, piihlah yang paling krng darurat... pastinya PAS la kot.
3. Salah, saya rasa rakyat menyampah dengan UMNO/BN..kenapa dengan PAS?
4. Betul kah ahli UMNO 3 juta? bila latest update? cuba buat bancian balik...
5.
"Buat masa sekarang ni, UMNO tengah berhempas pulas nak ubah parti supaya lebih relevan. Baguslah.
PAS pun berhempas pulas juga nak jadikan parti mereka lebih universal. Pun bagus juga.
Cuma kena ingat, UMNO tak perlu korbankan perjuangan melayunya untuk jadi relevan, tapi PAS tidak. Makin banyak PAS menuju ke arah universal, makin banyak mereka berkompromi untuk perjuangan Islamnya."
Pada saya Islam mengatasi Melayu...
p/s: makna nya ada Zorro di bagan pinang..habih tu yang berdarah tu..cili sos agaknya?
hai ya.. inie blog sudah bungkus ka?
Post a Comment