Saturday, August 28, 2010

Meritocracy

Meritocracy is a great process. It is so great until it potrays everyone who oppose it as anti-establishment, a loser in the making or even with low IQ.

For the winners, meritocracy is the best way to compete. For them, the losers dislike meritocracy merely because they hate them winning, the fair way.

Unfortunately that's not always the case.

If you're on a running track, you have to start off equally by using the same base and the same whistle. If one starts off earlier than everyone, we can see the competition restarts.

That's how important a start is when it comes to a fair competition.

So, before talking nonsence about meritocracy, have you ever thought about the start?

Think about divide and rule. Think about which race benefits the most out of it.

Then think why that race now is championing the meritocracy?

Friday, August 20, 2010

DAP is never a racist party!



1. DAP is calling NEP a racist policy but they never question the cause of NEP?

2. DAP is calling for Malaysian Malaysia (The best colour blind policies that exists!) but they're supporting vernacular school so that our youngsters can remain segregated?

3. DAP is only critisizing PERKASA for defending constitutional rights but never on Chinese extremist group such as Dong Jiao Zong which most of the time, against it?

Wednesday, August 11, 2010

Strategi bersangkalah baik kepada musuh..

Petikan dari ceramah ciptaan sendiri:

"Saudara- saudaraku sekalian, kita semua WAJIB Husnu-Zan (bersangka baik) kepada musuh Islam (DAP) LEBIH daripada mereka yang asabiyah (UMNO).

Ini kerana, kalau kita bersangka baik pada mereka yang asabiyah, mereka cuma akan tolong kita dari aspek bangsa saja, pasal agama mereka tak peduli walaupun mereka juga adalah Islam.

Sejarah telah membuktikan kalau kita bersangka baik kepada musuh Islam sepenuh jiwa dan raga, Islam akan lebih maju dan lebih diterima ramai!

Kalau kita dengar DAP persoalkan peruntukan masjid, itu bukanlah bahaya kepada kita kerana mereka cuma mahu keadilan saja. Walaupun bangsa mereka kaya dan pegang ekonomi negara kita, mereka sangat perlukan peruntukan kerajaan untuk membangunkan agama mereka supaya setaraf dengan agama suci kita, Islam.

Jadi, demi keadilan, kita WAJIB bantu mereka ini!

Bukan setakat itu, kita perlu balas sangka baik DAP kepada kita. Untuk itu, PAS telah ikhlas gugurkan tuntutan Negara Islam dalam manifesto PRU12 yang lalu walaupun DAP tak perlu gugurkan apa-apa.

Sebab itulah saya rasa PAS adalah pejuang agama yang sejati dan berani!

Oleh itu kita mesti tukar kerajaan dari UMNO kepada PAS. Kita mesti buang Najib dan kuncu-kuncunya.

Kita mesti memartabatkan kuncu-kuncu pemakan balak (kelantan), penaik menantu (TGNA-Ariff fahmi) dan penaik anak-anak (Anwar-Nur Izzah, Karpal-Gobind). Mereka sekali-kali tak amalkan kronisme kerana anak dan menantu mereka adalah sangat layak.

Sudah-sudahla kena tipu dengan UMNO tu. Kita sebagai rakyat berhak ditipu orang lain pulak. Lagipun, kita mesti cuba kerajaan baru dulu baru kita tahu.

Kita mesti berani korbankan 5 tahun untuk buat eksperimen hanya berdasarkan Husnu-Zan pada musuh Islam! Itulah yang disarankan pakar strategi pembangunan Islam seluruh dunia.

Kita kena ingat, kita semua tak perlukan otak dan pemikiran yang waras. Yang kita perlu cuma husnu-zan dan bertawakkal pada Yang Esa.

Insya-Allah, Islam akan bangkit dengan sendirinya berdasarkan perlembagaan yang akan melindungi kita.

Ayuhlah kita semua tukar kerajaan! Ayuhlah kita terus bersangka baik kepada musuh Islam! "

Sunday, July 25, 2010

Isu Perpaduan UMNO-PAS

Penyokong PAS: Kalau UMNO nak bersatu dengan PAS, UMNO mesti terima Islam dulu. Mereka kena buang sekular!

Malaymind: Masa PAS nak bincang dengan DAP dulu apa pulak syaratnya?

Penyokong PAS: Tak ada syarat.

Malaymind: Ooo jadinya. Dengan UMNO kena ada syarat, dengan DAP tak ada?

Penyokong PAS: Memanglah.

Malaymind: Ada DAP bagi syarat yang PAS ikut?

Penyokong PAS: Tak ada.

Malaymind: Habis yang hilangnya tuntutan Negara Islam lepas kerjasama tu apa?

Penyokong PAS: Ooo tu bukan syarat. Itu cuma persetujuan sementara je.

Malaymind: Ooo DAP bagi syarat PAS ikut pulak?

Penyokong PAS: Itu kan sementara..

Malaymind: Kurang-kurang bagilah syarat sementara jugak biar orang lain tu ikut? Ini macam kau je kena ikut syarat sementara orang lain? Macam ni kau nak suruh aku percaya PAS lebih berani dari UMNO untuk tegak Negara Islam?

Thursday, April 29, 2010

Hanya BN yang buy-out pilihanraya? Think again..



Bagi gambar pun dah cukup. Selebihnya ada di sini.

Wednesday, February 17, 2010

Website Malaymind MUNGKIN ditamatkan

Terima kasih kepada mereka yang selalu menjenguk.

Malaymind sedang memikirkan untuk menamatkan blog ini dan menumpukan kepada facebook. Penulisan yang berkualiti memerlukan research dan sudah banyak blog politik di alam maya ini yang mampu menyajikan kupasan yang sedemikian.

Mungkin juga Malaymind didelete dan digantikan dengan blog konsep yang lain.

Sebarang komen adalah dialu-alukan.

Thursday, January 14, 2010

Apabila 'Allah' untuk semua..







Apakah yang anda rasa apabila melihat gambar-gambar di atas? Sejauh manakah kita mahu perjudikan iman-iman rakan kita di luar sana?

Friday, January 8, 2010

Ya, Teoh Beng Hock mungkin dibunuh, tapi bukan oleh MACC..

Soalan paling mudah ialah siapa yang untung sekiranya Teoh Beng Hock (TBH) mati?

Sekiranya MACC yang untung, hilangnya TBH bermakna terhapusnya seorang saksi TERPENTING dalam mengaitkan salahlaku DAP. Peluang semudah ini dengan bukti sebanyak ini bukannya selalu ada. MACC AMAT MEMERLUKAN TBH untuk mensabitkan ahli DAP dalam kes rasuah yang sedang disiasat.

Jadi, buat apa MACC mahu membunuh saksi terpenting mereka sendiri?

Yang lebih musykilnya sekarang ialah DAP.

Walaupun merekalah yang PALING UNTUNG dengan kematian mendiang, merekalah nampaknya yang paling bersungguh-sungguh mahukan MACC yang membunuh mendiang. Kalau dikaji-kaji, sebenarnya kesungguhan DAP memang berasas.

Dengan adanya orang lain sebagai kambing hitam (MACC), maka pembunuh sebenar akan terlepas. Sedaya upaya mereka akan kaitkan MACC kerana kalau bukan MACC, sudah tentu merekalah yang bersalah?

Tapi, satu perkara yang paling penting ialah MACC TELAH LALAI dalam menjaga saksi mereka. Sekiranya TBH benar dibunuh, ia telah berlaku di dalam kawasan MACC. Begitu juga kiranya beliau bunuh diri. KELALAIAN INI TIDAK BOLEH DIMAAFKAN.

Matinya TBH, bermakna DAP tidak boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah. Matinya TBH bermakna rakyat akan kehilangan peluang untuk melihat sendiri siapakah DAP.

Jadi, siapakah sebenarnya yang perlu bunuh TBH?