Friday, April 10, 2009

Malaymind adalah simbol kegagalan PAS

Terpana seketika apabila terbaca ulasan Ustaz SaifulIslam mengenai Malaymind. Sebagai seorang yang dihormati, beliau barangkali telah mendefiniskan hujah Malaymind sudah berada diluar lingkup keilmuan. Atau mungkin juga kerana apa yang dikatakan itu terlampau pahit untuk ditelan.

Tetapi tidak mengapa, Ustaz.

Serangan terhadap UMNO sendiri pun tidak pernah berhenti. Bayangkan, tohmahan bertaliarus sehinggakan kerajaan terpaksa tingkatkan fokus untuk menstabilkan politik negara berbanding perkara - perkara penting lainnya.

Kalau dibiarkan pula, dikatakan pula kita salah walhal beban membuktikan adalah pada pihak yang menuduh!

Oleh itu, blog ini terbuka untuk menerima hujah, tohmahan mahupun kutukan kerana sebagai simbol kegagalan PAS, tidak ada apa lagi yang perlu ditakutkan.

p/s: Moga Allah mengampunkan dosa Malaymind kerana menerangkan perkara yang mungkin pahit bagi sesetengah orang.

7 comments:

ehhh said...

rasanya ayat yg abusaif sampaikan tu nak kata "you are an example of who pas has failed to reach out to" ataupun, "pas gagal nak capai malaymind"

my 2 cents.
wallahualam

lankapo said...

kat mana link ustaz tuh

Anonymous said...

Ya, PAS memang gagal.

Dan pada PAS itu tampaknya tiadalah yang lain melainkan yang buruk-buruk sahaja.

Dan pada Umno/BN itu tiadalah yang lain melainkan yang muluk-muluk sahaja.

Anonymous said...

http://saifulislam.com/?p=5175

MalayMind said...

Saudara Ano,

Tidaklah saya gemar mengkritik PAS setiap masa.

Cuma, melihatkan kepada kritikan geng-geng saudara kepada pihak UMNO, ia melambangkan yang buruk hanyalah milik UMNO.

Tidaklah juga saya katakan UMNO itu 100%nya betul malah tidak akan ada parti dalam kategori ma'sum.

Masalahnya, ada orang menganggap kritikan terhadap PAS merupakan satu dosa walhal Islam itu bukanlah PAS.

PAS terdedah kepada kepincangan sepertimana pincangnya UMNO kerana mereka cuma adalah wadah perjuangan.

akmal said...

maafkan saya kalau saya silap tulis.. saya sendir parti umno, tapi tidaklah saya kata umno tu semua betul..cuma kalau bolehla x payah susah-susah kta nak kata sapa betul..saya nampak lebih dan kurang je.. tapi dalam parti kita mesti perjuangkan apa yang kita nak.. cuma saya nak tekankan disini adalah, setiap pemimpin yang dipilih cuba buat kerja kepada rakyat..saya orang kuala kangsar, perak..sedih saya tengok politik kita sekarang..tak abih-abih nak cari masalah..semua masalah boleh diselesaikan..cuma masalah tu kalau kita selesaikan, akan menimbulkan masalah..itu yang masalah..maaf ye..ini pendapat saya je..

muhammad said...

"Tidaklah saya gemar mengkritik PAS setiap masa."

Betulkah begitu? Dalam post2 dan komen2 anda di sini dan di blog lain, jika sesuatu isu melibatkan PAS dan/atau Umno, pendapat anda cukup jelas.

"Tidaklah juga saya katakan UMNO itu 100%nya betul malah tidak akan ada parti dalam kategori ma'sum."

Ini memang betul dan saya harap anda dapat tunjukkan siapa di kalangan penyokong PAS yg mengatakan PAS itu maksum.

"Masalahnya, ada orang menganggap kritikan terhadap PAS merupakan satu dosa walhal Islam itu bukanlah PAS."

Saya juga harap anda dapat tunjukkan siapa di kalangan penyokong PAS yang mengangap kritikan terhadap PAS adalah satu dosa.