1. Seperti yang ramai menjangkakan, Anwar menang. Walaubagaimanapun, Malaymind secara peribadi gagal menjangka jumlah majoriti yang pada mulanya munasabah dikatakan hanya dalam 3000 undi.
2. Seperti yang dinyatakan oleh akubetul, Malaymind bersetuju Anwar menang disebabkan faktor tempatan. Isu nasional nampaknya tidak memberi kesan terhadap undi malah strategi UMNO untuk menggula – gulakan rakyat dengan penurunan harga minyak dan menjatuhkan maruah Anwar kekal tidak berjaya lagi buat masa ini.
3. Tidak dinafikan, Anwar membawa harapan rakyat. Kepetahan bercakap, karisma dan bijak mencari sokongan merupakan resipi Anwar sejak dari dulu lagi. Malah, beliau mampu menjadi orang tengah buat DAP dan PAS yang memang tidak pernah pun sebulu.
4. Itulah kelebihan Anwar.
5. Disebalik kemenangan itu, TDM tetap menyalahkan DSAAB di dalam tulisan terbarunya dan meminta ahli UMNO memberi tekanan supaya DSAAB meletak jawatan. DSAAB pula tetap menafikan ia adalah satu mesej untuk beliau.
6. Di pihak Pakatan Rakyat, mereka nampaknya sudah mula berkira-kira untuk memerintah Malaysia kerana menganggap kemenangan ini adalah mesej jelas dari rakyat Malaysia.
7. Namun, ramai juga yang menganggap perjuangan Anwar perlu berhenti di peringkat ini. Anwar sememangnya dilihat boleh menjadi ketua pembangkang yang hebat dan menjadi ‘check and balance’ di Parlimen, tetapi beliau tidak mempunyai ciri-ciri menjadi perdana menteri.
8. Yang pastinya, rakyat sudah boleh tidur lena dengan adanya Anwar di Parlimen kerana persepsinya, beliau adalah pejuang rakyat.
9. Namun sekiranya beliau dan penyokong fanatiknya tetap berkeras untuk merampas kerajaan menjelang 16 September ini, maka kita rakyat akan menjangkakan satu episod baru politik tanah air.
10. Ironinya Anwar gagal menjadi PM, sudah tentulah pelbagai alasan bakal diberikan. BN akan tetap menjadi kambing hitam kegagalan Anwar.
11. Menang di Permatang Pauh? Ma Fi Musykillah.
12. Mahu menuju ke Putrajaya? La’
2 comments:
Salam.
By the way you are thinking...yes..you are definately..MALAY!!
Either it is a compliment or an insult..depends on how do you really feel..not think..coz you sure aren't smart enough.
Dear raktam,
Have you heard about IQ and EQ?
It's inter related.
And EQ alone is not that smart either.
Post a Comment