Kepada yang dapat membantu, bantulah sekadar mampu, dengan apa jua cara sekalipun.
Kepada yang masih ada perasaan, boikotlah apa jua barangan Israel dan US.
Disamping itu, bersama-samalah kita berdoa seperti yang dianjurkan disini.
Wednesday, December 31, 2008
Monday, December 15, 2008
AUKU: Sekadar alasan
Merujuk kepada entry terbaru DS Anwar Ibrahim berkenaan AUKU, Malaymind terpanggil untuk mengulas.
1. Ada pihak yang mahu AUKU dihapuskan kerana menghalang perkembangan pelajar dalam bidang bukan akademik. Usul ini memang boleh difahami.
2. Walau apa jua konar orang - orang yang menyokong AUKU ini supaya dihapuskan, perkara pokok yang perlu diperhalusi ialah AUKU sememangnya tidak perlu sekiranya mahasiswa kita tahu objektif utama menjadi pelajar.
3. Cadangan Malaymind, ubahsuai saja klausa supaya hanya mereka yang mempunyai CGPA kurang dari 2.8 tertakluk kepada AUKU.
4. Ya, kita setuju AUKU menyekat kebebasan pelajar. Tapi pada waktu yang sama, kita tidak mahu pelajar yang menggunakan subsidi duit rakyat ini cuba melarikan diri dari tanggungjawab sebenar mereka untuk cemerlang dalam pembelajaran.

Tuesday, December 9, 2008
Retorik Harapan Baru: Satu Bangsa Malaysia
Gambar dipetik dari http://pesanan-pesanan.blogspot.com/
1. Di ceramah – ceramah dan blog - blog, orang bukan melayu mengatakan orang Melayu perlu adil dengan membiarkan semuanya sama rata – dari aspek ekonomi, politik dan sosial demi menjadi satu bangsa Malaysia. Islam juga mengamalkan keadilan (baca:kesamarataan?)
2. Kata mereka, “Kita patut hapuskan DEB, kita tidak patut mengamalkan konsep yang ‘racist’ dan kita patut menjadikan Malaysia sebagai satu bangsa Malaysia!”
3. Dan orang melayu di kampung pun bersorak gembira. Orang melayu terpelajar di bandar pun mengangguk tanda setuju.
4. Malah orang PAS pun tidak terkecuali menangguhkan dulu negara Islam kerana mahu dilihat lebih universal – satu pra-syarat untuk menjadi Malaysian Malaysia.
5. Semua ini nampaknya satu harapan baru, satu orde baru dan satu budaya baru yang lebih baik berbanding apa yang ada sebelum ini.
6. Tanpa sedar, di sinilah perangkapnya.
7. Mereka beriya – iya mahu kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia, tapi mereka tidak mahu pun berkongsi sekolah dengan kita?
8. Mereka mahu menghapuskan 30% DEB kerana ia nampaknya tidak adil, tetapi menyembunyikan fakta 60% ekonomi yang dikuasai mereka. (Walau jumlah mereka yang hanya kurang 30%)
9. Lebih baik lagi, mereka telah berjaya menjadikan PAS menutup mulut mengenai negara Islam menerusi Anwar Ibrahim, walhal PAS dulunya sanggup bermandi darah untuk tujuan itu.
10. Inikah maksudnya satu harapan baru?
11. Di manakah pula Melayu Islam di dalam pakatan rakyat?
12. Angguk bang, jangan tak angguk.