Monday, December 15, 2008

AUKU: Sekadar alasan



Merujuk kepada entry terbaru DS Anwar Ibrahim berkenaan AUKU, Malaymind terpanggil untuk mengulas.

1. Ada pihak yang mahu AUKU dihapuskan kerana menghalang perkembangan pelajar dalam bidang bukan akademik. Usul ini memang boleh difahami.

2. Walau apa jua konar orang - orang yang menyokong AUKU ini supaya dihapuskan, perkara pokok yang perlu diperhalusi ialah AUKU sememangnya tidak perlu sekiranya mahasiswa kita tahu objektif utama menjadi pelajar.

3. Cadangan Malaymind, ubahsuai saja klausa supaya hanya mereka yang mempunyai CGPA kurang dari 2.8 tertakluk kepada AUKU.

4. Ya, kita setuju AUKU menyekat kebebasan pelajar. Tapi pada waktu yang sama, kita tidak mahu pelajar yang menggunakan subsidi duit rakyat ini cuba melarikan diri dari tanggungjawab sebenar mereka untuk cemerlang dalam pembelajaran.

No comments: