Tuesday, December 8, 2009

Malaysia Baru tak memerlukan undi melayu

1. Untuk menguasai kerajaan, hanya majoriti mudah 2/3 diperlukan. Orang melayu cuma 55% dan sekarang ini berpecah dua.

2. Oleh itu, semua parti melayu berusaha keras untuk mendapatkan undi bukan melayu kononnya bagi mengukuhkan penguasaan mereka. UMNO terus tunduk kepada penguasaan ekonomi orang Cina manakala PAS cuba berbaik-baik dengan bukan Islam dan menggadaikan agama suci itu untuk kepentingan politik.

3. Hasilnya, undi orang melayu tidak lagi diambil kira dalam menentukan dasar dan polisi parti melayu yang bertanding.

4. Tapi, tak mengapa, asal bukan UMNO.

5. Hatta sejarah Islam pun telah membuktikan, Islam tetap boleh berkembang walau tidak menjadi perdana menteri, bukan?

6. Cubalah. Kita hanya merisikokan masa depan anak cucu kita saja pun, bukannya orang lain.

Sila baca artikel penuh di sini

Kupasan dari Unspinner

2 comments:

Shahril said...

oleh itu saya cadangkan semua orng melayu menyokong pas pula..

Malaymind said...

PAS perlu membuktikan bahawa mereka adalah 'pemimpin dalam Pakatan Rakyat' bukannya 'pengikut'. Hal ini besar kerana kita tak mahu alternatif UMNO ialah sebuah parti yang lemah dalam memperjuangan Islam mahupun orang melayu.

Walau apapun, dua - dua parti UMNO dan PAS perlu jadi juara kepada orang Islam. Orang boleh saja sokong PAS tahun 2008, sokong UMNO tahun 2012 dan sokong PAS balik tahun 2017.

Asalkan dua-dua alternatif tu baik untuk Islam, tak ada masalah. Yang jadi masalahnya ialah dua-dua pilihan duk gadai prinsip sendiri semata-mata nak ambil undi bukan Islam.

Lama-lama, perjuangan Islam entah kemana, perjuangan melayu entah ke mana.