Thursday, July 10, 2008

Politik yang aku kenali


Getting personal sikit.

Dulu masa aku kecik, setiap masa akan ada orang datang rumah cari ayah aku. Ada yang datang muka sedih, ada yang datang muka happy, pastu ada jugak yang datang muka bermasalah.

Waktu tu yang aku tahu, ayah aku adalah seorang cikgu sekolah menengah.

Tak kira waktu malam, waktu hari cuti, atau waktu dia tengah tidur, ada je orang yang akan datang untuk jumpa. Kadang – kadang ada yang bawa surat, ada yang datang dengan family dan kadang-kadang ada jugak yang cuma datang saja nak borak-borak.

Setelah lama, baru aku tahu, ayah aku ni ahli politik.

Kalau dihikayatkan kisah dulu, arwah datuk aku adalah penghulu kampung. Aku sendiri tak sempat jumpa dia sebab dia meninggal masa ayah aku umur 13 tahun. Yang aku tahu, ayah aku adalah anak tunggal. Nenek aku lahirkan dia pun usia dia dah lewat. Mungkin dalam umur 40 tahun. Arwah nenek meninggal 14 tahun lampau dalam usia 70-an.

Itu bukan isunya. Isunya ialah, inilah politik yang aku kenali.

Dari ayah aku, aku tahu susahnya menjadi pemimpin politik di kampung. Orang kampung, bukan seperti orang bandar, mereka memang personally kenal. Tanggungjawab memimpin orang yang kita kenal memang lebih payah berbanding mereka yang kita jumpa cuma 2 3 bulan sekali.

Bercerita tentang politik ayah aku dikampung, dia bermula sebelum dia keluar dari universiti lagi. Dari dia ambil degree dekat UM, from apa dia bagitau, tesis dia pun ada kaitan dengan politik pada waktu tu – tesis about PAS. Dengan tesis tu, dia pegi buat interview dengan pemimpin PAS yang pada waktu tu pun memang bekerjasama dengan UMNO di Kelantan dalam tahun 1970-an.

Selepas tamat belajar dan dapat pula mengajar di kampung, ayah aku akhirnya dapat kembali ke tempatnya sendiri dan mula menapak dalam politik UMNO dari Ketua Pemuda sampailah ke jawatan tertingginya Timbalan Ketua Bahagian. Cuma 192 orang sepertinya di dalam Malaysia pada waktu itu – dah tentulah aku bangga.

Tapi, itu semua kisah dulu.

Apa yang aku tahu dalam politik, perkara paling utama ialah sokongan. Bagaimana kita mendapat sokongan tu, dah jadi perkara kedua.

Sokongan pula adalah untuk mendapat kuasa. Dengan sokongan, kita bakal mempunyai jawatan dan bakal melaksanakan apa yang dulunya cuma kita mampu cakap. Disebabkan jawatan ni datang beserta popularity, kita bakal mempunyai musuh dari pelbagai penjuru – mereka yang berlainan parti dan juga kawan-kawan kita yang berkehendakkan jawatan kita dengan apa jua reason mereka sendiri.

Kita perlu sentiasa melawan mereka yang dari parti lain, dan secara konsistennya mendapatkan sokongan mereka yang ada di dalam. Usaha ini bukanlah senang.

Mungkin ada orang bertanya, kenapa mahu kuasa? Kenapa gila kuasa? Jawapannya mudah, sesetengah orang mahu bertindak, bukan sekadar bercakap, mengata dan mengutuk.

Apa perlunya kuasa untuk menzahirkan tindakan? Oh banyakkk.. Nak menjalankan hudud pun kena ada kuasa, nak menjadikan department kau lebih islamik pun, kena ada kuasa. Malah, nak menjaga anak orang pun kena ada kuasa – kuasa melalui perkahwinan.

Yang berbezanya kita nanti ialah bagaimana kita mahu membahagikan masa dan komitmen untuk mengekalkan kuasa yang kita ada, berbanding cita-cita murni kita tadi sebelum berkuasa – iaitu untuk berkhidmat untuk rakyat, untuk membantu fakir miskin bla bla bla.

Kadang-kadang, disebabkan kita terlalu sibuk untuk mengekalkan kuasa, kita akan terlupa khidmat kita tadi kepada rakyat. Begitulah yang selalunya terjadi.

Jadi, kepada mereka yang kata politik itu kotor. Aku memang bersetuju. Jangan pula bermimpi PAS/PKR tidak menghadapi perkara yang sama.

Kepada mereka yang kata politik itu mudah, fikirkan kembali. Kalau tak, dah tentu 22 juta rakyat Malaysia dah berebut-rebut untuk jadi PM.

Kepada mereka yang mengaitkan politik itu akidah, agama kita bukanlah sekecil itu skopnya. Mana-mana orang pun, tersilap kata, tertanda soal akan akidahnya.

Politik hanyalah politik. Musuh semalam, belum tentu hari ini menjadi lawan.

Dan kini, ayahku mahu bertanding lagi nanti..

Jadi, Selamat Mengayun Langkah Ahli UMNO Sekalian, buanglah mereka yang fasiq, munafik, rasuah, kurang cerdik, lemah dsb dari UMNO. Segalanya di tangan anda!

1 comment:

Anonymous said...

orang politik tak takut dosa. Itu yang aku respek sesangat tu. Dalam kes liwat, orang PKR (bukan semua) pertahankan Anwar Ibrahim. Orang UMNO (bukan semua) mempercayai Saiful. Satu pihak pasti salah dan berdosa. Kes liwat bukan perkara kecil dalam Islam. Sebab itu aku kata orang politik sanggup turun neraka demi masa depan politik mereka.