Monday, July 21, 2008

Snippets: Apa pilihan kita?

MV Augusta




Aku ulas tentang idea Mahathir:
Tun Dr Mahathir kerap menyajikan rakyat tentang rasionalnya membeli MV Augusta ketika dulu. Aku malaslah nak menulis panjang, rujukannya boleh dibuat di sini. Konklusinya, Dr Mahathir kata Malaysia akan lebih mendapat manafaat kalau meng invest kan keuntungan Proton untuk mendapatkan teknologi Augusta yang mana aku bersetuju. Cabarannya cuma bagaimana nak handle debt MV Augusta at the same time acquire the best of their technology. Beliau lebih kepada long term investment.


Aku ulas tentang idea Pak Lah:
Pak Lah on the other hand pulak, menjelaskan kenapa kerajaan perlu menjual saham MV Augusta disini. Pada beliau, daripada kita menggunakan limited resources yang ada pada Proton untuk fokus pada Augusta, lebih baik invest untuk benda lain ataupun simpan modal supaya kedudukan kewangan Proton semakin kukuh. Beliau lebih kepada short-term investment.


Aku ulas tentang pembangkang:
Pembangkang Malaysia akhirnya paling genius dengan mengatakan Proton itu adalah projek MEGA kerajaan yang MEMBAZIRkan duit rakyat, maka kita tak wajar bina Proton at the first place!



KONKLUSI Jualan MV Augusta oleh kerajaan Pak Lah adalah satu kesilapan besar. Kita takkan dapat peluang sebegitu walau 100 tahun lagi. Tak perlu buat Proton? Itulah sebabnya Malaymind tak join pembangkang!



Harga minyak





Kerajaan kata:
kita patut naikkan harga minyak kerana kita perlu memberikan subsidi kepada rakyat dalam bentuk lain yang lebih baik – subsidi makanan dan penstrukturan semula subsidi minyak.


Anwar kata
kita tak patut menaikkan harga minyak secara mendadak dan sekaligus membebankan rakyat. Kita percaya ketirisan dalam subsidi perlu diperbaiki bagi menjamin harga minyak dikekalkan.


Rakyat ada yang berkata:
Kerajaan patut turunkan harga minyak lagi seperti mana-mana negara pengeluar minyak yang lain dan membiarkan rakyat semua hidup dengan selesa – at least untuk generasi ini saja kerana generasi akan datang tu, doranglah punya pasal!


KONKLUSI Sokong Anwar HANYA kerana dia dapat turunkan harga minyak dan hidup kita akan bahagia selama-lamanya?



Batman The Dark Knight





Harvey Dent kata:
– You have two options: Either be a hero or live long enough to see yourself being a villain.


Batman kata:
I can be the villain, if that what it takes to make sure Gotham’s people keep their hope for a brighter future.


Mereka berkata:
I can’t decide who I want to be. But I hate villain and I love heroes!


KONKLUSI Analogi di atas ni sesuai untuk orang yang suka hentam je kerajaan dan jadi orang yang tak berparti -Iyalah ia lebih senang, lebih bebas mengata dan tak terikat untuk menjawab tohmahan. Ke nak jadi Batman? Kuatkah untuk biarkan orang mengutuk sambil buat kerja secara bijaksana?

No comments: