1. Jika diamati secara mendalam, pemakaian menutup aurat diwajibkan ke atas wanita adalah untuk memuliakan mereka.
2. Pakaian yang tertutup ini melindungi mereka dari teriknya matahari, menutup keaiban mereka (sekiranya ada) dari dipertontonkan kepada umum dan menjadikan mereka lebih dihormati dikalangan masyarakat. Natijah kewajipan ini sememangnya jelas memihak untuk meninggikan martabat wanita.
3. Secara spesifiknya, Al-Quran juga menggariskan wanita muslim menutup aurat dengan cara melabuhkan tudung melitupi bahagian dada. Kita semua tahu mengapa.
4. Lelaki sememangnya sanggup membayar untuk melihat tubuh wanita, apatah lagi yang percuma.
5. Walaupun kita di Malaysia tidak menghadapi masalah untuk memakai tudung, ironinya sesetengah dari wanita kita gagal untuk memahami konsep sebenar menutup aurat. Di mana -mana saja kita dapat lihat mereka yang bertudung tetapi masih lagi tidak menutup bahagian dada, yang memakai tudung tapi masih berpakaian ketat dan nipis, malah yang memakai tudung namun masih melakukan perkara terkutuk.
7. Disitulah kefahaman kita mengenai bezanya Islam sebagai agama dan muslim itu sebagai pengikutnya. Kita tidak membuang agama hanya kerana segelintir pengikutnya yang songsang.
8. Soalnya, disebalik semua kebaikan yang didapati dari majoriti komuniti kita yang bertudung, masih ada mereka yang berada di zaman dinasour yang mempertikaikan tudung.
9. Mungkinkah mereka mencemburui wanita kita yang bertutup, atau mahu membuktikan bahawa semua wanita melayu kita adalah sama seksinya berbanding wanita bukan Islam?
10. Undang - undang Malaysia tidak memaksa wanita muslim bertudung, malah mereka yang memakai serban ke sekolah dulu pun kalah di mahkamah. Kita adalah bebas dan majoriti wanita kita masih memilih untuk bertudung dan ia wajar dibanggakan.
11. Penulis berpendapat rencana Raja Petra adalah anti-establishment, anti-wanita malah ia membuktikan Raja Petra mungkin adalah pesalah seks. Dia bukan sekadar menulis tentang agama Islam tanpa tauliah, tapi merupakan seorang yang tidak mampu menggunakan logik.
12. Ye lah, manakan dapat menutup bentuk dada tanpa memakai tudung ? Lainlah kalau konsep aurat mengikut fahaman beliau adalah sekadar mahu menutup buah dada. Kalau begitu coli sahaja pun sudah mencukupi bukan?
13. Aduhai si Raja Petra.
(Artikel Raja Petra boleh dirujuk di sini. Jangan melawat Malaysia Today secara terus kerana ini membantu Raja Petra menjana pendapatannya)
Jawapan secara dalil disini.
No comments:
Post a Comment