Malaymind pernah terbaca satu buku ‘ The 7 habits of Highly Effective People’ oleh Stephen R. Covey. Menurut beliau, orang yang efektif ada 7 sikap: 1.Be proactive 2. Begin with the end in mind 3. Put first things first. 4. Think win / win, 5. Seek first to understand, then to be understood 6. Synergize. Yang terakhir ialah Sharpen the saw.
Apa signifikannya mengamalkan sikap sebegini dalam kehidupan kita? Apa sebabnya sikap – sikap ini menjadi intipati untuk menuju kejayaan?
Bacalah, kat bawah cuma summary. Nak baca lebih-lebih, kenalah pergi beli bukunya.
1. Be proactive
Perubahan diri kita perlu bermula dari dalam diri kita. Kita yang perlu membuat keputusan untuk meningkatkan diri kita, bukannya menunggu elemen dari luar.
2. Begin with the end in mind
Mulakan dengan mengetahui apa yang mahu kita capai di akhirnya. Apa objektif utama kita? Apa Key Performance Index (KPI) kita?
3. Put first things first
Gunakan sepenuhnya apa yang kita ada untuk tahu menyusun apa yang patut didahulukan untuk mencapai objektif kita.
4. Think win / win
Tumpukan supaya semua orang boleh menang. Fikirkan kemenangan untuk kita dan juga orang lain. Jadikan supaya semua orang mendapat manafaat atau paling tidak, tidak mendapat keburukan dari apa jua objektif kita.
5. Seek first to understand, then to be understood.
Dahulukan dengan memahami orang lain, barulah menjadikan orang lain faham.
6. Synergy
Jadikan 1 + 1 = 3.
7. Sharpen the saw
Tajamkan, asahkan dan tingkatkan lagi diri tanpa batasan.
Sekiranya orang melayu boleh mengamalkan idea ini secara berterusan, Insyaallah kita akan menjadi bangsa yang berjaya!
1 comment:
wahh sungguh bernas entry oleh en fikiran melayu hehe
banyak baca buku..raya tahun ni balik mana ?
Post a Comment