Monday, October 20, 2008

Serangan kepada Najib telah pun bermula..



1. Malaymind tidak pernah mengenali pemimpin - pemimpin politik secara peribadi. Kebanyakan perspektif sendiri dibuat berdasarkan perspektif orang lain - secara prejudis mahupun tidak.

2. Begitulah kuatnya pengaruh bacaan alternatif dalam menentukan persepsi kita pada waktu ini.

3. Sepertimana dijangka, serangan terhadap DS Najib yang telah pun bermula sejak dulu, kini mula diperhebatkan. Segala cerita lama, cerita baru malah cerita lama yang diperbaharui juga telah pun mula bertapak di dalam blog-blog.

4. Sepertimana biasa juga, orang melayu terutamanya orang yang 'kuat' islamnya, akan menerima berita - berita ini tanpa usul periksa kerana ia tidak melibatkan pemimpin mereka. Semua orang tiba - tiba menjadi malaikat apabila dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

5. Dari satu deklarasi ke satu deklarasi, maka lahirlah cerita bahawa DS Najib telah pun menjadi seorang Hindu, membunuh Altantunya dan juga menelan duit rakyat melalui urusniaga mega kerajaan. Ketika ini, dosa pahala sudah tidak diambil kira lagi kerana DS Najib adalah orang UMNO dan orang UMNO 'kebanyakannya' memang begitu jahat.

6. Dengan modal 'kebanyakan' itu, maka semua orang UMNO terkena palitnya, termasuklah Malaymind yang tidak pernah mengenali DS Najib. Malangnya, aura baik Tuan Guru Nik Aziz tidak pula terkena Malaymind walhal beliau lebih kerap dijumpai.

7. Pokok pangkalnya, semua mata tertumpu kepada UMNO kali ini. Lebih tepat lagi, kepada DS Najib. Semua orang pun, apabila berada di dalam kedudukan itu, akan menjadi mangsa kutukan, umpatan malah segala jenis fitnah.

8. Bagi Malaymind, DS Najib bermula dengan tidak begitu baik dan ini boleh dikira sebagai satu advantage. Kualiti terbaik pemimpin hanya diketahui apabila berlakunya krisis.

9. Oleh itu perwakilan UMNO sekalian, jangan sekali - kali menjual undi . Bak kata Tuan Guru Nik Aziz, orang bagi kain, pakai, orang bagi duit, ambil tapi undi? Jangan sesekali!

10. Kenali wakil kita secara peribadi sebelum memilih mereka. Paling tidak, pergi saja berbuka puasa dirumah mereka di Jln Duta seperti Malaymind sebelum membuat ulasan.

11. Pilihan anda menentukan jatuh bangunnya UMNO PRU ke 13 nanti!

2 comments:

azlishukri said...

saya link blog saudara.

lankapo said...

syuk,
lawa gamba mana dapat hehe