Wednesday, June 18, 2008

Harapkan pagar, pagar makan padi



(Gambar dari www.fencepicture.com)


Melayu I: UMNO sudah dibenci rakyat. Dulu hampir kalah PRU dan kini kalah isu ekonomi.
Melayu II: PR boleh buat yang lebih baik?

Melayu I: Pemimpin PKR tidak mengamalkan rasuah berbanding pemimpin UMNO!
Melayu II: Pernah dengar Pemuda PKR Selangor buat laporan polis kerana kononnya ada pegawai Khalid Ibrahim pecah amanah 6 hb Jun lalu?
Melayu I: Tak ada, tapi UMNO tentulah lagi teruk. Lagipun makan rasuah sikit-sikit tu biasalah zaman sekarang..

Melayu II: Pernah dengar cerita hubungan Khalid Ibrahim dan kroninya Lim Kim Hong dan bagaimana projek Negeri Selangor sekarang bakal disusunatur oleh mereka?
Melayu I: Tak pernah, tapi kalau UMNO tentulah lagi teruk. Ye lah, daripada kroni melayu, lebih baik juga kroni bukan melayu. Bolehlah orang Cina yang kaya menjadi bertambah kaya.

Melayu II: Pernah dengar bagaimana Puncak Niaga sponsor beberapa ADUN PR ke Dubai dan bakal ke Vienna dengan naik business class plus full lodging and pocket money – Ini kononnya lebih berjimat?
Melayu I: Tak tau, tapi kalau UMNO lagilah teruk. Lagipun, makan duit Puncak Niaga tak sama dengan makan duit rakyat. Duit Puncak Niaga cuma duit yang dibayar oleh rakyat je.

Melayu II: Tahu tak bagaimana Pemuda PAS Selangor terpaksa mengemukakan memo supaya Khalid tak benarkan konsert diadakan di Selangor walhal mereka sesama PR?
Melayu I: Tak tahu, tapi kalau UMNO lagilah konsert sakan. Lagipun konsert ni tak mengapa asalkan tidak menonjolkan artis yang terlampau seksi ke apa. Ini bukannya contoh menggadaikan prinsip Islam ni tau, inilah prinsip Islam yang sebenar.

Melayu II: Tahukah kalau dulu BN memerintah Selangor, kuil dihadkan mengikut jumlah penduduk dan sekarang PR memerintah, kuil dibenarkan dibina tanpa had?
Melayu I: Tak tahu, tapi itu kan keadilan untuk kaum lain?

Melayu II: Tahukah DAP di Selangor mahu peruntukan yang sama untuk semua agama seperti yang telah diberikan kepada MAIS berjumlah 140 juta setahun?
Melayu I: Tak tahu, tapi apa salahnya, agama lain pun memerlukan peruntukan untuk agenda promosi dan gerakerja berkumpulan seperti juga MAIS. Mungkin dengan cara ini gejala murtad dapat dikurangkan bukan?

Melayu II: Tahu tak, sememangnya PAS tidak pernah berjanji kilang arak dihapuskan walaupun mereka memerintah Malaysia?
Melayu I: Tak tahu, tapi bukannya senang nak hapuskan kalau UMNO yang dah buat dulu. Kita membenci kilang arak tu kira dah cukup baik berbanding UMNO ? Sekurang-kurangnya kita ada alas an nanti kalau Tuhan tanya.

Melayu II: Tahu tak Anwar Ibrahim sendiri pun tak pernah register sebagai ahli PKR walaupun dia sekarang adalah penasihat?
Melayu I: Tak pernah tau, tapi bukannya penting pun. Itu cuma formaliti atas kertas saja. Lagipun, register ahli tak semestinya menyokong.

Melayu II: Tahukah di Perak, DAP hanya sanggup menerima Ir Nizar sebagai MB setelah PAS secara hitam putihnya menandatangani bahawa mereka tidak akan melaksanakan hokum Hudud?
Melayu I: Tak tahu, tapi lebih baik dari UMNO yang tidak langsung menyebut hukum Hudud. Ini menunjukkan PAS memang mampu buat Hudud kerana DAP memang akan bersetuju.

Melayu II: Sebenarnya apa yang penting pada kau, resultnya atau slogannya?
Melayu I: Sudah tentu slogannya

Banyakkanlah membaca aduhai rakan-rakan.

No comments: