Thursday, June 5, 2008

Harga Minyak Naik!



(Foto diambil dari www.al-ahkam.net)

Katakanlah ini semua angkara BN, pengurusan kerajaan yang tidak berhemah dan kerana kronisme, apa pula pilihan yang ditawarkan pembangkang?

Merujuk kepada blog DSAI Anwar Ibrahim, tajuk kenaikan harga minyak ditulis sebagai "Rakyat Dibebankan Dengan Kenaikan Keterlaluan!"

Umumnya orang yang berfikir dan memahami maksud tersirat DSAI Anwar akan tahu kenapa beliau menulis sedemikian.

Yang perlu dilihat ialah kenapa beliau memilih untuk menyatakan "kenaikan keterlaluan" bukannya menawarkan alternatif "PR menjamin TIADA kenaikan minyak lagi selama 5 tahun"?

Adakah kerana beliau tahu dan menyedari, walau sesiapa pun memerintah, tiada siapa pun dapat menjamin pemerintahan mereka akan bebas dari kenaikan harga minyak?

Malangnya, bagi mereka yang anti-BN, mereka masih bermimpi. Kalau PR pun tidak mampu menjamin harga minyak tidak dinaikkan, kenapa BN yg disalahkan?

Kalaulah Malaymind jadi PR, janji saja minyak takkan dinaikkan lagi 5 tahun semasa PRU13 nanti. Dah dapat memerintah kerajaan sepenggal, barulah tunjukkan belang.

Rakyat Malaysia memang tak kisah ditipu oleh kerajaan selain kerajaan BN. Ambillah kesempatan ini.

No comments: