Wednesday, June 4, 2008

Selangor: Mungkin peruntukan yang sama untuk semua agama?

Bagi Malaymind, ini adalah satu berita baik apabila semua agama akan mendapat peruntukan yang sama di Selangor. Ini menunjukkan PAS telah berjaya memartabatkan Islam dengan caranya sendiri – menunjukkan bahawa Islam mengamalkan ‘sharing is caring’

Kalau dahulunya peruntukan agama adalah berjumlah 140 juta setahun yang hanya diberikan kepada Jabatan Agama Islam Selangor, maka kini kita akan berkongsi peruntukan dengan agama lain dan sekaligus membantu mempromosikan agama lain dan membantu? agama Islam dikembangkan dengan lebih baik.

Peringkat kedua yang mungkin bakal dilakukan oleh PAS, ialah dengan mewujudkan Jabatan Agama Hindu, Jabatan Agama Kristian, dan mungkin jabatan agama buddha juga untuk lebih adil. Dengan mewujudkan jabatan – jabatan agama ini, maka semua agama dapat menguruskan, meningkatkan keberkesanan dan membolehkan ajarannya dihayati- oleh orang Islam dan bukan Islam.

Hal ini sudah tentu akan menjadikan jumlah murtad akan berkurangan.

Saudara – saudara sekalian, fikirlah. Saya tahu otak anda bukan di kepala lutut.

No comments: