Sunday, June 22, 2008

Soalnya, SIAPA SELEPAS PAK LAH?


Dr Maza nampaknya telah memberikan satu idea kepada penyokong - penyokong politik orang melayu Islam supaya berfikir sekejap.

Sekejap je katanya, fikir.

Gunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah untuk membuat pilihan, bukannya menggunakan emosi melulu ataupun emosi berprasangka yang memang telah terbukti memakan diri orang melayu Islam sejak dulu.


SOALNYA, SIAPA SELEPAS ABDULLAH?

Antara calon pilihan, tanpa mengikut priority.


Calon Pilihan 1 : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pro:
1.Dia berkaliber, mendapat sokongan ramai penyokong anti-BN dan mempunyai karisma sejak dari dulu.
2.Beliau pernah menjadi anggota kerajaan selama 16 tahun dengan kuasa tertinggi sebagai ex-timbalan perdana menteri. Beliau tahu apa itu politik dan bagaimana berpolitik.
3.Merupakan pengasas kepada PKR dan menjadi pemimpin de-facto Pakatan Rakyat sehingga kini.

Contra:
1.Umum semua tahu dia merupakan bekas ahli UMNO dan pernah berkecimpung dalam politik UMNO yang diketahui kotornya.
2.Beliau mempunyai hubungan akrab dengan pelbagai pihak luar negara terutamanya golongan yahudi yang menguasai sosio-ekonomi dunia. Umum tahu bahawa dengan hubungan kuat inilah beliau mencadangkan agar Malaysia menerima pinjaman IMF yang kemudiannya ditentang keras oleh Tun Dr Mahathir.
3.Merupakan pendokong kuat perjuangan pelajar, ABIM sehingga mempuyai kuasa, tetapi mula berubah sikap dari pemimpin pendokong agama kepada pemimpin yang menari, hubungan dengan banyak wanita dan bersekongkol dengan Nallakaruppan untuk perkara yang mungkin keji.


Calon Pilihan 2: Datuk Seri TG Hj Abdul Hadi Awang

Pro:
1. Mempunyai latar belakang agama yang tinggi dan telah menunjukkan rekod yang baik dalam khidmat masyarakat demi Islam.
2. Bersuara lantang dalam mendokong perjuangan Islam dan mempunyai kekuatan berhujah.

Contra:
1. Mempunyai rekod perjuangan agama yang ektstrem dengan mengkafirkan mereka yang bekerjasama dengan bukan Islam
2. Watak yang terlampau keras yang menimbulkan kontroversi berpanjangan tanpa mendatangkan kebaikan yang menyeluruh.
3. Mempunyai masalah persepsi dengan penyokong bukan Islam yang menjadi 45% rakyat Malaysia.


Calon Pilihan 3: Datuk Seri Najib Tun Razak

Pro:
1. Merupakan Timbalan Perdana Menteri yang sedang menunggu kuasa untuk menjadi Perdana Menteri
2. Mempunyai pengalaman dalam berpolitik bermula dari arwah ayahnya Tun Abdul Razak dan mempunyai sokongan kuat ramai pemimpin dari batch Tun Razak dan anak-anak mereka. Meneruskan sumbangan kepada FELDA untuk membangunkan orang melayu miskin.
3. Mempunyai kredibiliti dalam kerja dan hubungan politik.

Contra:
1. Merupakan anak golongan bangsawan dan mungkin tidak memahami sepenuhnya masalah rakyat.
2. Mempunyai masalah persepsi kerana kes mahkamah Altantunya dan kisah penceraian berserta kes rasuah SUkhoi dan sebagainya.
3. Kepatuhan kepada ketua yang mungkin memakan diri.


Calon Pilihan 4: Ybhg Tengku Razaleigh Hamzah

Pro:
1. Pemimpin berkaliber dari zaman 1980-an dan merupakan bekas ketua DS Abdullah Ahmad Badawi dalam Team B (Lawan Dr Mahathir)
2. Mempunyai pertalian di raja
3. Mempunyai pengalaman di dalam kabinet dan sepak terajang politik semenjak lama dan mempunyai rantaian sokongan orang lama dan baru

Contra:
1. Latar belakang di raja mungkin menjadikan beliau tidak memahami masalah rakyat.
2. Mempunyai persepsi rekod lampau yang teruk semasa menjadi Menteri Kewangan dengan pembaziran dan gaya hidup yang berlebihan.
3. Mempunyai jarak sokongan yang jauh dari golongan muda.




Calon yang perlu dikeluarkan: DS Abdullah Ahmad Badawi

Pro:
1. Mempunyai rekod sebagai orang yang bersih dan slow sejak dari dulu. Berketurunan ulama.
2. Perdana Menteri Malaysia sekarang dan masih mempunyai kuasa.
3. Mempunyai sokongan kuat dari rantaian penyokongnya sendiri.

Contra:
1. Mempunyai masalah persepsi dari kebanyakan rakyat i.e seorang yang lembab, suka tidur, memegang bukan muhrim walaupun kononnya beragama, mempunyai sifat lembut yang senang ditunggangi oleh orang lain. (Ditunggangi oleh Khairy Jamaludin dan geng-gengnya yang mentah dalam politik tapi bercita-cita besar)
2. Tidak berkarisma dalam bercakap dan berhujah

Setakat ini, ini saja yang dapat difikirkan. Mungkin rakan2 masih mempunyai idea calon-calon lain yang lebih wajar? Silalah tambah.

Aku nak mencari-cari calon dari golongan rakyat biasa, tapi setakat ni, tak ada idea lagi.

Kalo korang nak mencalonkan diri sendiri pun boleh, no problem hehe

www.malaymind.blogspot.com

No comments: