Diadaptasikan dari karya George Carlin:
Sesuatu yang pelik pada zaman kita sekarang ialah kita ada bangunan yang tinggi tetapi tahap kesabaran yang rendah, kita ada lebuhraya yang luas, tetapi pemikiran yang sempit.
Kita berbelanja lebih tetapi kita hanya mendapat sikit, kita beli terlalu banyak tetapi kita bergembira hanya sedikit.
Kita ada rumah yang besar tetapi keluarga yang kecil, kita ada banyak kemudahan tetapi kurangnya masa.
Kita ada pelbagai ijazah tetapi kurangnya kecerdikan, kita ada banyaknya ilmu tetapi kurang penilaian, kita ada lebih ramai pakar tetapi lebih banyak masalah, lebih banyak ubat tetapi kekurangan orang yang sihat.
Kita merokok terlampau banyak, berbelanja tertalu boros, gelak terlalu sedikit, memandu terlalu laju, marah terlalu melampau, tidur terlalu lambat, letih yang teramat, tengok TV terlalu banyak dan kurangnya bersembahyang dan berdoa.
Kita gandakan harta kepunyaan, tetapi mengurangkan nilai. Kita bercakap terlalu banyak, kita menyayangi terlalu sedikit dan membenci terlalu kerap.
Kita belajar bagaimana untuk hidup tapi bukan menikmati hidup. Kita menambahkan bilangan tahun ke dalam hidup kita tetapi bukannya menambah hidup ke dalam tahun kita.
Kita berjaya ke bulan dan kembali, tapi menghadapi masalah melintas jalan untuk berjumpa jiran walaupun di tepi rumah. Kita menakluki angkasa tetapi bermasalah menjaga apa yang kita ada didunia. Kita berbuat perkara yang besar tetapi tidak perkara yang baik.
Kita membersihkan udara tetapi mencemarkan jiwa. Kita menakluki atom tetapi tak berupaya menjaga buruk sangka kita. Kita banyak menulis tetapi kurang belajar. Kita banyak merancang tetapi mencapai hanya sedikit.
Kita belajar untuk tergesa - gesa bukan belajar untuk sabar. Kita mencipta komputer untuk menyimpan lebih banyak maklumat, untuk mencetak lebih banyak, tetapi kita sendiri semakin kurang berkomunikasi sesama kita.
Inilah waktunya makanannya segera tetapi proses cernanya lambat, orangnya besar tetapi hatinya kecil, untungnya menurun dan hubungan menjadi kurang maknanya.
Inilah waktunya setiap pasangan bertambah pendapatan tapi penceraian lebih banyak berlaku, rumahnya semakin cantik tetapi keluarganya porak peranda.
Inilah waktunya perjalanan menjadi singkat, barangan cuma pakai buang, sepertimana juga moral, dan juga pil - pil yang diguna untuk menggembirakan, menidurkan dan juga pil untuk membunuh.
Ingatlah untuk bersama mereka yang tersayang, kerana mereka takkan selamanya ada.
Ingatlah untuk menjadi contoh yang baik untuk anak - anak kerana mereka akan membesar dan bakal menjadi masa depan.
Ingatlah untuk memeluk mereka yang kita sayang kerana itu saja harta untuk diri kita yang tak memerlukan walaupun satu sen.
Hidup dinilai bukan dari jumlah kita menyedut nafas tetapi berapa nafas yang telah kita hilang..
No comments:
Post a Comment