Artikel ini diubahsuai dari artikel Abu Usamah Mohd Masri Mohd Ramli. Sesuai bagi mereka yang suka melemparkan tuduhan, mencaci-maki, menfitnah, mahupun mereka yang hanya tahu mengkritik orang lain:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Belajarlah mencari sesuatu yang benar, nescaya kita akan tahu apa yang tidak benar. Kita masih belajar. Bukan masa kita mencari apa yang salah, itu salah ini salah. Yang patut kita cari ialah apa yang benar!
Amatlah malang bagi penuntut ilmu apabila menyibukkan diri dengan belajar tentang kesesatan. Ini sesat! Itu sesat! Puak A sesat, puak B sesat, etc. Tapi bila ditanya apa yang tak sesat diri sendiri terkaku-kaku, menyatakan sesat senang tapi nak kata sesuatu tak sesat tak reti.
Menyibukkan diri dengan mencari kesalahan-kesalahan manusia, itu bukan kerja penuntut ilmu. Biarkan ulama al-Jarh wa at-Ta'dil dengan kerja mereka. Jangan kita menyibuk-nyibuk.
Carilah cahaya, barulah engkau berkenalan dengan kegelapan.
Janganlah engkau mencari kegelapan, takut-takut engkau tak terjumpa cahaya!
Sibukkan diri dengan mencari apa yang sunnah, apa yang benar, nescaya kita akan merasakan kebenaran yang kita ketahui terlalu sedikit berbanding dengan kebenaran yang wujud di alam ini.
Mencari-cari kegelapan hanya mengharamkan ilmu daripada diri kita, lama kelamaan kita lebih mengetahui kesesatan berbanding kebenaran. Lalu apa akhirnya, mahu menjauhi neraka tetapi tidak mendekati syurga? Adakah jalan yang sebegitu?
Mahu menjauhi syirik tetapi tidak mendekati Tauhid? Menjauhi Bid'ah tetapi tidak mendekati sunnah? Menjauhi seribu satu kesesatan tetapi tidak pula mendekati kebenaran yang satu. Jalan apakah yang kita pilih ini?
No comments:
Post a Comment