Monday, April 21, 2008

Antara popular dan yang benar

Atas apa jua alasan, yang popular tidak semestinya benar. Dan yang benar tidak semestinya popular.

Kalau diberi pilihan, kebanyakan kita sudah semestinya mahukan pendapat yang popular, tidak kiralah ia benar atau tidak.

Dan terkadang kita fikir, disebabkan pendapat kita disokong ramai orang, maka sudah tentu ia berada di atas jalan kebenaran.

Sekurang-kurangnya itulah yang kebanyakan kita fikir.

Secara peribadi, jarang Malaymind berada di pihak yang popular. Dan tidak juga Malaymind sentiasa berada di pendapat yang benar.Ia berubah mengikut masa, mengikut pengalaman.

Yang pentingnya ialah keterbukaan kita untuk menerima hakikat, kita mungkin berada di pendapat yang mungkin benar atau salah, tanpa mengira pendapat kita popular ataupun tidak.

Tapi, kalaulah keterbukaan itu hanya di pihak kita?

1 comment:

en nordin said...

leh, nape tak update blog? tengah asah keris ke?