Monday, April 21, 2008

Antara popular dan yang benar

Atas apa jua alasan, yang popular tidak semestinya benar. Dan yang benar tidak semestinya popular.

Kalau diberi pilihan, kebanyakan kita sudah semestinya mahukan pendapat yang popular, tidak kiralah ia benar atau tidak.

Dan terkadang kita fikir, disebabkan pendapat kita disokong ramai orang, maka sudah tentu ia berada di atas jalan kebenaran.

Sekurang-kurangnya itulah yang kebanyakan kita fikir.

Secara peribadi, jarang Malaymind berada di pihak yang popular. Dan tidak juga Malaymind sentiasa berada di pendapat yang benar.Ia berubah mengikut masa, mengikut pengalaman.

Yang pentingnya ialah keterbukaan kita untuk menerima hakikat, kita mungkin berada di pendapat yang mungkin benar atau salah, tanpa mengira pendapat kita popular ataupun tidak.

Tapi, kalaulah keterbukaan itu hanya di pihak kita?

Thursday, April 17, 2008

Kalaulah dari dulu aku sokong PR..

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu merdeka takkan sesekali,
PAS kata sebatang jarum pun gagal buati,
Apatah lagi nak memerintah negeri.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu bangsaku boleh berdikari,
Dasar pecah dan perintah menjadi amali,
Mungkin lebih berjaya dari DEB.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu tiada jua diskriminasi,
Cina tak perlu kongsi ekonomi,
Melayu tetap berbakti pada bumi.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR,
Dah tentu tol tak ada, minyak pun tak naik lagi,
Kereta motor tak perlu dibeli,
Hidup pun senang hanyalah jalan kaki.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu tiada UMNO, MCA dan MIC,
Kerjasama tentulah dengan DAP,
Merekalah kawan merekalah karibi.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu Malaysia tak jadi negeri,
Singapura Singapore nama diberi,
Islam tentulah lagi tertinggi.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR,
Dah tentulah Proton tak menjadi lagi,
Kereta luar negeri tetap dibeli,
Makinlah kaya mereka di oversea.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Impian KLCC takkan terealiasasi,
Apatah lagi F1 sendiri,
Susah kita juga kalau dikenali.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS)
Bonus pekerja Petronas tak adalah lagi,
Tu kan duit rakyat pengorbanan hakiki,
Itulah kerja kerana Ilahi.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS)
Dah tentu tak membazir waktu pagi hari,
Takdelah nak tengok lawan bola luar negeri,
Dari bermunajat mensuci diri.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS)
Dah tentu rokok pun haram dihisapi,
Kini jenuhlah Tuan Guru menangisi,
Kerana penyokongnya jua yang ramai membeli.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR
Tak adalah arak, disko dan judi,
Yang ada hanyalah kilangnya babi,
Prosesnya moden lagilah menyuci.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS)
Dah tentu Al-Quran & Sunnah memandu diri,
Melaksana Islam tentu semudah ABC,
Sama seperti slogan parti.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR
Dah tentu internet tak sampai lagi,
Yelah internet kan hanya duniawi,
Yang kita mahu ukhrawi abadi.

Abistu tak dapatle korang membacai

Nukilan:

Malaymind
Miri, 16 April 2008

NOTA: Nnt aku buat sajak untuk BN pulak. Sabar.. sabar

Saturday, April 12, 2008

Top 10 Myths about Islam

1. Muslims worship a moon-god
Some non-Muslims mistakenly believe that Allah is an "Arab god," a "moon god," or some sort of idol. Allah is the proper name of the One True God, in the Arabic language. The most fundamental belief that a Muslim has is that "There is only One God," the Creator, the Sustainer -- known in the Arabic language and by Muslims as Allah. Arabic-speaking Christians use the same word for the Almighty.


2. Muslims don't believe in Jesus
In the Qur'an, stories about the life and teachings of Jesus Christ (called 'Isa in Arabic) are abundant. The Qur'an recalls his miraculous birth, his teachings, and the miracles he performed by God's permission. There is even a chapter of the Qur'an named after his mother, Mary (Miriam in Arabic). However, Muslims believe that Jesus was a fully human prophet and not in any way divine himself.


3. Most Muslims are Arabs
While Islam is often associated with Arabs, they make up only 15% of the world's Muslim population. The country with the largest population of Muslims is Indonesia. Muslims make up 1/5 of the world's population, with large numbers found in Asia (69%), Africa (27%), Europe (3%) and other parts of the world.


4. Islam oppresses women
Most of the ill-treatment that women receive in the Muslim world is based on local culture and traditions, without any basis in the faith of Islam. In fact, practices such as forced marriage, spousal abuse, and restricted movement directly contradict Islamic law governing family behavior and personal freedom.


5. Muslims are violent, terrorist extremists
Terrorism cannot be justified under any valid interpretation of the Islamic faith. The entire Qur'an, taken as a complete text, gives a message of hope, faith, and peace to a faith community of one billion people. The overwhelming message is that peace is to be found through faith in God, and justice among fellow human beings. Muslim leaders and scholars do speak out against terrorism in all its forms, and offer explanations of misinterpreted or twisted teachings.


6. Islam is intolerant of other faiths
Throughout the Qur'an, Muslims are reminded that they are not the only ones who worship God. Jews and Christians are called "People of the Book," meaning people who have received previous revelations from the One Almighty God that we all worship. The Qur'an also commands Muslims to protect from harm not only mosques, but also monasteries, synagogues, and churches -- because "God is worshipped therein."


7. Islam promotes "jihad" to spread Islam by the sword and kill all unbelievers
The word Jihad stems from an Arabic word which means "to strive." Other related words include "effort," "labor," and "fatigue." Essentially Jihad is an effort to practice religion in the face of oppression and persecution. The effort may come in fighting the evil in your own heart, or in standing up to a dictator. Military effort is included as an option, but as a last resort and not "to spread Islam by the sword."


8. The Quran was written by Muhammad and copied from Christian and Jewish sources
The Qur'an was revealed to the Prophet Muhammad over a period of two decades, calling people to worship One Almighty God and to live their lives according to this faith. The Qur'an contains stories of Biblical prophets, because these prophets also preached the message of God. Stories are not merely copied, but the oral traditions are referred to in a way that focuses on the examples and teachings that we can learn from them.


9. Islamic prayer is just a ritualized performance with no heartfelt meaning
Prayer is a time to stand before God and express faith, give thanks for blessings, and seek guidance and forgiveness. During Islamic prayer, one is modest, submissive and respectful to God. By bowing and prostrating ourselves to the ground, we express our utmost humility before the Almighty.


10. The crescent moon is a universal symbol of Islam
The early Muslim community did not really have a symbol. During the time of the Prophet Muhammad, Islamic caravans and armies flew simple solid-colored flags (generally black, green, or white) for identification purposes. The crescent moon and star symbol actually pre-dates Islam by several thousand years, and wasn't affiliated with Islam at all until the Ottoman Empire placed it on their flag.

Thursday, April 10, 2008

Perlu kuasai Pusat untuk laksana hukum hudud, kata Dr Haron Din

Artikel penuh boleh dirujuk di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13825&Itemid=28


Summary Malaymind:

1. Hukum hudud sudah tidak menjadi perkara utama untuk dilaksanakan.
2. Keutamaan - tauhid, basmi syirik, sebar ilmu, amal ajaran Islam dan perkukuh organisasi agama.


Komen Malaymind:
1. Pertama, salahkan UMNO kerana tidak melaksanakan hudud.
2. Apabila sudah menang di negeri Kelantan, salahkan kerajaan kerana tidak membenarkan hudud dilaksanakan.
3. Apabila sudah menang di beberapa negeri, salahkan perlembagaan kerana tidak membenarkan hudud dilaksanakan.
4. Apabila menang Malaysia, salahkan rakyat bukan Islam kerana tidak mahu menerima hudud?

Untuk rujukan, PAS sudah menang selama 18 tahun di Kelantan.

Cubalah selidiki apakah PAS benar-benar telah mendidik rakyat Kelantan berkenaan Hudud setakat ini? Adakah usaha mereka memartabatkan Hudud itu lebih baik dari UMNO atau setakat slogan?

Takkanlah lepas menang Malaysia barulah berfikir bagaimana nak mendidik rakyat?

Samalah UMNO ngan PAS. Mereka adalah parti politik.

Tuesday, April 8, 2008

Penternakan Babi Di Selangor: DAP menguasai, PAS menghamba diri




Dipetik dari artikel harakahdaily

Khalid terima kunjungan hormat Guan Eng
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Apr 07, 08 | 5:48:22 pm MYT


"Sementara itu Khalid turut ditanya mengenai isu penternakan khinzir di Selangor, namun beliau enggan mengulas berhubung perkara itu.

Dalam hal berkaitan penternakan Khinzir itu, Dr Halimah Ali (PAS) pula berpendirian Islam tidak pernah melarang penternakan khinzir di kalangan bukan Islam.

"Tak ada apa masalah, ini hak kepada bukan Islam.Cuma timbul masalah sentimen di kalangan Melayu seolah-olah babi lebih berat dari masalah rasuah, jenayah dan sebagainya, padahal bagi orang Islam khinzir tak boleh makan (haram) sahaja,"katanya."


MALAYMIND: Menggeleng kepala. Kalau dalam hal sekecil ini pun PAS/PKR dah tak boleh nak handle DAP, lagi nak bagi pakatan rakyat memerintah Malaysia?

Emosi de Facto

Pernah dengar perkataan 'amok' tak?

Untuk pengetahuan, perkataan 'amok' telah lama pun digazetkan untuk digunakan seluruh dunia bagi membawa makna mad with rage.

Yang bangganya, mat salleh menggunakan perkataan kita-bahasa melayu untuk digunakan sebagai satu definisi. Yang hinanya ialah dalam banyak-banyak perkataan, definisi yang buruk itulah yang mereka ambil.

Definisi Amok as in wikipedia:

"Running amok, sometimes referred to as simply amok (also spelled amuck or amuk), is derived from the Malay word amuk, meaning "mad with rage" (uncontrollable rage). Although commonly used in a colloquial and less-violent sense, the phrase is particularly associated with a specific sociopathic culture-bound syndrome in Malaysian culture. In a typical case of running amok, a male who has shown no previous sign of anger or any inclination to violence will acquire a weapon and, in a sudden frenzy, will attempt to kill or seriously injure anyone he encounters. Amok episodes of this kind normally end with the attacker being killed by bystanders, or committing suicide."

Kalau kita tengok orang melayu Islam, boleh dikatakan semua faktor-kecil atau besar, boleh menjadikan kita beremosi dan akhirnya kita amok secara penanya atau secara perkataannya.

Contohnya kalau bercakap pasal agama, kita beremosi lebih padahal dari segi cara hidup kita, kita berlebih kurang saja dalam mempraktikkan. Kita kononnya orang yang beriman kalau kita membela agama dari dihina sedangkan kita adalah muslim yang engkar - tidak sembahyang, menfitnah, minum arak dan sebagainya.

Kita pantang orang menghina nabi, menghina azan, menghina agama, padahal kadang-kadang itu adalah taktik kotor picisan yang tidak memberi makna pun kepada kesucian agama islam.

Kita cepat marah apabila kartun menghina nabi muhammad ada di internet, dan mengedarkan secara percuma kepada sahabat Islam kita yang lain kononnya untuk menyemarakkan api keimanan, walhal kita sendiri yang memberikan 'Free advertising' kepada orang yang begitu bodoh kerana melukisnya. Malaymind tahu, kita tidak pun menggunakan akal semasa mengedarkannya di dalam email kerana kalau tidak, tidak ada sesiapa pun yang akan ambil peduli akan kartun sebodoh itu.

Kalau bercakap pasal politik pula, kita begitu suka dan meriah rasanya kalau kita berjaya mengutuk orang lain, separah mungkin. Panggil mereka segala nama, kutuk mereka dengan segala nama binatang yang ada dan kaitkan dengan bapa mereka, ipar duai mereka, menantu mereka, dan kita rasa bahagia.

Itulah kita orang melayu.

Pada waktu yang sama, kita memuji orang Cina kerana 'cool' nya mereka. Betapa koolnya TS Koh Tsu Koon menyerah tugas dan mengaku kekalahan, tanpa mengambil iktibar kenapa mereka sebegitu. Kita tidak sedar betapa mereka berlapang dada sesama cina, mereka tidak berkira sesama cina dan betapa mereka tahu, asalkan cina tidak mengapa.

Tapi kita orang melayu?

Bersorak gembira apabila rakan-rakan jatuh, melaungkan Allahuakbar apabila agama Islam diambil kesempatan dan menfitnah kawan - kawan seagama demi kepuasan diri.

Tidak salahlah agaknya mereka mengambil 'Amok' sebagai satu definisi dari bangsa Melayu, kerana kita, orang melayu hanya kaki amok. Amok sana, amok sini, dan emosi sana emosi sini.

Apa pandangan anda?

Monday, April 7, 2008

Carilah Cahaya, Jangan Mencari Kegelapan

Artikel ini diubahsuai dari artikel Abu Usamah Mohd Masri Mohd Ramli. Sesuai bagi mereka yang suka melemparkan tuduhan, mencaci-maki, menfitnah, mahupun mereka yang hanya tahu mengkritik orang lain:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Belajarlah mencari sesuatu yang benar, nescaya kita akan tahu apa yang tidak benar. Kita masih belajar. Bukan masa kita mencari apa yang salah, itu salah ini salah. Yang patut kita cari ialah apa yang benar!

Amatlah malang bagi penuntut ilmu apabila menyibukkan diri dengan belajar tentang kesesatan. Ini sesat! Itu sesat! Puak A sesat, puak B sesat, etc. Tapi bila ditanya apa yang tak sesat diri sendiri terkaku-kaku, menyatakan sesat senang tapi nak kata sesuatu tak sesat tak reti.

Menyibukkan diri dengan mencari kesalahan-kesalahan manusia, itu bukan kerja penuntut ilmu. Biarkan ulama al-Jarh wa at-Ta'dil dengan kerja mereka. Jangan kita menyibuk-nyibuk.

Carilah cahaya, barulah engkau berkenalan dengan kegelapan.

Janganlah engkau mencari kegelapan, takut-takut engkau tak terjumpa cahaya!

Sibukkan diri dengan mencari apa yang sunnah, apa yang benar, nescaya kita akan merasakan kebenaran yang kita ketahui terlalu sedikit berbanding dengan kebenaran yang wujud di alam ini.

Mencari-cari kegelapan hanya mengharamkan ilmu daripada diri kita, lama kelamaan kita lebih mengetahui kesesatan berbanding kebenaran. Lalu apa akhirnya, mahu menjauhi neraka tetapi tidak mendekati syurga? Adakah jalan yang sebegitu?

Mahu menjauhi syirik tetapi tidak mendekati Tauhid? Menjauhi Bid'ah tetapi tidak mendekati sunnah? Menjauhi seribu satu kesesatan tetapi tidak pula mendekati kebenaran yang satu. Jalan apakah yang kita pilih ini?

Sunday, April 6, 2008

Are you the smartest?

I copy this from somewhere:

"One thing you learn very quickly when you blog is that no matter how smart and knowledgeable you are (or imagine yourself to be), some of your readers are going to be smarter than you and literally every one of your readers knows more than you do about something. It's humbling at first, but then quite liberating. The "shut the hell up I know best" stuff is what grates me the most about politicians and other elites in our system because the truth is that quite often... they don't."

Saturday, April 5, 2008

Hari Ini..

Diadaptasikan dari karya George Carlin:


Sesuatu yang pelik pada zaman kita sekarang ialah kita ada bangunan yang tinggi tetapi tahap kesabaran yang rendah, kita ada lebuhraya yang luas, tetapi pemikiran yang sempit.

Kita berbelanja lebih tetapi kita hanya mendapat sikit, kita beli terlalu banyak tetapi kita bergembira hanya sedikit.

Kita ada rumah yang besar tetapi keluarga yang kecil, kita ada banyak kemudahan tetapi kurangnya masa.

Kita ada pelbagai ijazah tetapi kurangnya kecerdikan, kita ada banyaknya ilmu tetapi kurang penilaian, kita ada lebih ramai pakar tetapi lebih banyak masalah, lebih banyak ubat tetapi kekurangan orang yang sihat.

Kita merokok terlampau banyak, berbelanja tertalu boros, gelak terlalu sedikit, memandu terlalu laju, marah terlalu melampau, tidur terlalu lambat, letih yang teramat, tengok TV terlalu banyak dan kurangnya bersembahyang dan berdoa.

Kita gandakan harta kepunyaan, tetapi mengurangkan nilai. Kita bercakap terlalu banyak, kita menyayangi terlalu sedikit dan membenci terlalu kerap.

Kita belajar bagaimana untuk hidup tapi bukan menikmati hidup. Kita menambahkan bilangan tahun ke dalam hidup kita tetapi bukannya menambah hidup ke dalam tahun kita.

Kita berjaya ke bulan dan kembali, tapi menghadapi masalah melintas jalan untuk berjumpa jiran walaupun di tepi rumah. Kita menakluki angkasa tetapi bermasalah menjaga apa yang kita ada didunia. Kita berbuat perkara yang besar tetapi tidak perkara yang baik.

Kita membersihkan udara tetapi mencemarkan jiwa. Kita menakluki atom tetapi tak berupaya menjaga buruk sangka kita. Kita banyak menulis tetapi kurang belajar. Kita banyak merancang tetapi mencapai hanya sedikit.

Kita belajar untuk tergesa - gesa bukan belajar untuk sabar. Kita mencipta komputer untuk menyimpan lebih banyak maklumat, untuk mencetak lebih banyak, tetapi kita sendiri semakin kurang berkomunikasi sesama kita.

Inilah waktunya makanannya segera tetapi proses cernanya lambat, orangnya besar tetapi hatinya kecil, untungnya menurun dan hubungan menjadi kurang maknanya.

Inilah waktunya setiap pasangan bertambah pendapatan tapi penceraian lebih banyak berlaku, rumahnya semakin cantik tetapi keluarganya porak peranda.

Inilah waktunya perjalanan menjadi singkat, barangan cuma pakai buang, sepertimana juga moral, dan juga pil - pil yang diguna untuk menggembirakan, menidurkan dan juga pil untuk membunuh.

Ingatlah untuk bersama mereka yang tersayang, kerana mereka takkan selamanya ada.

Ingatlah untuk menjadi contoh yang baik untuk anak - anak kerana mereka akan membesar dan bakal menjadi masa depan.

Ingatlah untuk memeluk mereka yang kita sayang kerana itu saja harta untuk diri kita yang tak memerlukan walaupun satu sen.

Hidup dinilai bukan dari jumlah kita menyedut nafas tetapi berapa nafas yang telah kita hilang..

Friday, April 4, 2008

6 Soalan..

I got this from email and I think it's good to share it here:

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .


Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU(Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .


Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'


Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, April 3, 2008

Pilihanraya menurut PAS

Mamat: SPR penipu!! Bersekongkol dengan UMNO bawak masuk pengundi hantu!!

Aku: SPR menipu? Aku ingat Kelantan dan Terengganu, PAS menang aje? Itu pun SPR menipu jugak ke?

Mamat: La, itu baru betul! Yang tu, SPR takleh tipu tu. Dah kira depan semua orang tu - UMNO ke PAS ke. Dah memang menang, betul menanglah tu.

Aku: Oo jadi kalau kat tempat lain, tak dikira depan semua orang ke? Tu yang PAS kalah?

Mamat: Tak, kat tempat lain pun SPR buat macam tu.

Aku: Habis?

Mamat: Kat tempat lain, orang UMNO dan SPR dah siap masukkan pengundi hantu dah sebelum kira. Jadi, masa kira, dah tentu la UMNO menang.

Aku: Bukan ke masa sebelum pilihan raya, ada je senarai nama pengundi yang PAS boleh check awal-awal lagi?

Mamat: Ada. Masa tu, memanglah tak ada yang mencurigakan.

Aku: Lepas tu, bukan ke masa kau ambil kertas undi tu, UMNO dan PAS masing-masing ada wakil ke tandakan nama kau? Nak pastikan memang kau yang mengundi?

Mamat: Memang ada, tapi bukan boleh percaya tu..

Aku: Habis, dalam semua proses tu, wakil PAS memang ada, apa yang tak boleh percayanya?

Mamat: Ala, SPR memang tipu.. bawak masuk undi hantu..

Aku: Jadinya.. Kalau PAS menang, SPR tak menipu, kalau UMNO menang, SPR menipulah gitu?

Mamat: A'a

Aku: %&^*%

Wednesday, April 2, 2008

Oh salah kerajaanlah ni...

Disko bukak, aku pegi. Minum arak, balik pengsan. Ini salah PBT lah ni luluskan lesen..

Akademi Fantasia diudarakan, aku undi SMS. Duit habis, aku lalai. Ini salah Astro lah ni...

Ada gf, pegang sana sini. Silap teknik, terbunting pulak dia. Ini salah UMNOlah ni sebab tak laksanakan hukum Hudud biar aku jadi takut sikit.

Abis tu ape guna kepala otak kau kat atas tu? Asal buruk aje, salah orang lain.

Macamlah UMNO hari - hari duk kempen suruh kau pergi disko, undi SMS dan buntingkan gf kau.

Nonsense.

Tuesday, April 1, 2008

God Exist? Bullshit!

That's what an atheis will say.

When you asked them why, they'll start explaining why God should not exist using the physics experiments, mathematical theories and all the ups and downs and left and right.

Apart from the theories of the universe that create itself and the basic atoms that knows what to be, I'm sure, we cannot figure out exactly how things happened and why.

If the universe do 'accidentally' being made, the option of which planet to be what, is out of this 'accidental' control.

There must be some greater power, no matter what you and I think.

Oh, so you cannot see God, that's why you think He does not exist?

You can't feel God and that's why He's not here?

Then, with all these observations, you think that those believers should prove to you that God do exist.

Of course it is not your responsibility, right? You don't even believe God exist.

Think deep.

You think, human exist because of some molecules combine with this and that and then poooff, human was created.

And some other molecule combined and dooossshh, a pig was created.

Are you sure it happend just like that?

Hey friend, God do exist.

The prove you seek, is all around you. It's you that need to prove God do not exist in this all-things-showed-god-exist universe.

But who cares what you and I think right?

Burn in hell, my friend.