Wednesday, April 2, 2008

Oh salah kerajaanlah ni...

Disko bukak, aku pegi. Minum arak, balik pengsan. Ini salah PBT lah ni luluskan lesen..

Akademi Fantasia diudarakan, aku undi SMS. Duit habis, aku lalai. Ini salah Astro lah ni...

Ada gf, pegang sana sini. Silap teknik, terbunting pulak dia. Ini salah UMNOlah ni sebab tak laksanakan hukum Hudud biar aku jadi takut sikit.

Abis tu ape guna kepala otak kau kat atas tu? Asal buruk aje, salah orang lain.

Macamlah UMNO hari - hari duk kempen suruh kau pergi disko, undi SMS dan buntingkan gf kau.

Nonsense.

11 comments:

Anonymous said...

apa le bodoh sgt malaymind oiii
ambik contoh ni
kalau takde arak kat malaysia
takde le org minum camne nak minum benda haram tu takde kat malaysia
takde..TAKDE
paham ke tak nih
ko yg takde otak rupanya

MalayMind said...

Aku ada otak, jadi aku dapat memikirkan arak itu buruk walaupun ia ada di depan mata.

Lainlah orang yang tiada otak.

Tiadakan arak barulah tak diminumnya.

Sebegitu bodohkah orang Malaysia kita?

Anonymous said...

ternyata malaymind memang bangang
mungkin kau pernah dengar mencegah itu lebih baik dari merawat..
paham ke tak maksud???
kenapa nak sekat dadah,pelacuran dan yg seangkatan dengan nya.
oit bangang..kau tak boleh pikir ke

MalayMind said...

Pada aku, mendidik lebih baik dari mencegah mahupun merawat.

Lainlah kalau yang bangang dah tak boleh nak didik dah,itu kenalah mencegah.

Kau bangang ke tak? Kalau bangang, bolehlah aku pakai sistem mencegah? hahah

Anonymous said...

mendidik??
kebodohan yg nyata...seberkesan manakah didikan..hari2 didik pun ada juga penagih,pencuri,penyamun penyangak dan yg jelas lepas bertahun tahun dididik tapi masih bangang dan bebal...didik kunun

MalayMind said...

Orang bodoh yang memerlukan pencegahan tak ramai tapi mereka akan tetap ada.

Ramai orang cerdik yang hanya memerlukan pendidikan untuk berfikir sendiri mana buruk dan baiknya.

Anonymous said...

sikit kata mu..
berapa orang dapat didikan dadah tu merbahaya dan berapa org yg jadi penagih dadah?
ada ke rakyat malaysia tak tau merokok tu membahayakan kesihatan,tapi berapa ramai yg isap rokok?
ada ke rakyat malaysia yg tak tau seks bebas boleh dtg kan penyakit?berapa ramai pula yg buat?
tak tau ke tu?
takde didikan ke?
ooo takde didikan le tu kot

MalayMind said...

Bukan semua benda semudah A,B,C dalam dunia kita.

Perlu kombinasi mendidik, mencegah dan merawat.

Tapi bukan mencegah dan semudah mengharamkan saja!

Unknown said...

islam tu amal makruf nahi mungkar... bukan nyer dok semayang jer atau dakwah jer macam tabligh...

Mr. Right said...

Oi... sembang kat luar la. Hahaha...

Nak bagi pandangan gak.

MENGHARAMKAN adalah salah satu cara untuk mencegah dari gejala tak sihat berlaku. Pendidikan, kesedaran, kempen, semua tu adalah usaha untuk mencegah. Tapi MENGHARAMKAN menjanjikan sedikit kelebihan utk berjaya, kerana kalau takde mmg tak boleh buat. Mmg tak boleh salahkan kerajaan 100% tapi kerajaan pun tak boleh lari dari tanggungjawap, lebih teruk ada org sanggup mengcover kerajaan.

MalayMind said...

Mr Right,

Mengcover kerajaan tak semuanya bermaksud mengcover pemimpin yang rasuah, atau mengcover ulama yang jahat.

Yang dibela adalah yang dirasakan mana yang benar.

Malaymind tidak mendapat sebarang royalti hasil daripada mengcover kerajaan, malah kutukan terhadap UMNO khususnya, masih perlu, sekiranya tidak benar.