Tuesday, April 8, 2008

Emosi de Facto

Pernah dengar perkataan 'amok' tak?

Untuk pengetahuan, perkataan 'amok' telah lama pun digazetkan untuk digunakan seluruh dunia bagi membawa makna mad with rage.

Yang bangganya, mat salleh menggunakan perkataan kita-bahasa melayu untuk digunakan sebagai satu definisi. Yang hinanya ialah dalam banyak-banyak perkataan, definisi yang buruk itulah yang mereka ambil.

Definisi Amok as in wikipedia:

"Running amok, sometimes referred to as simply amok (also spelled amuck or amuk), is derived from the Malay word amuk, meaning "mad with rage" (uncontrollable rage). Although commonly used in a colloquial and less-violent sense, the phrase is particularly associated with a specific sociopathic culture-bound syndrome in Malaysian culture. In a typical case of running amok, a male who has shown no previous sign of anger or any inclination to violence will acquire a weapon and, in a sudden frenzy, will attempt to kill or seriously injure anyone he encounters. Amok episodes of this kind normally end with the attacker being killed by bystanders, or committing suicide."

Kalau kita tengok orang melayu Islam, boleh dikatakan semua faktor-kecil atau besar, boleh menjadikan kita beremosi dan akhirnya kita amok secara penanya atau secara perkataannya.

Contohnya kalau bercakap pasal agama, kita beremosi lebih padahal dari segi cara hidup kita, kita berlebih kurang saja dalam mempraktikkan. Kita kononnya orang yang beriman kalau kita membela agama dari dihina sedangkan kita adalah muslim yang engkar - tidak sembahyang, menfitnah, minum arak dan sebagainya.

Kita pantang orang menghina nabi, menghina azan, menghina agama, padahal kadang-kadang itu adalah taktik kotor picisan yang tidak memberi makna pun kepada kesucian agama islam.

Kita cepat marah apabila kartun menghina nabi muhammad ada di internet, dan mengedarkan secara percuma kepada sahabat Islam kita yang lain kononnya untuk menyemarakkan api keimanan, walhal kita sendiri yang memberikan 'Free advertising' kepada orang yang begitu bodoh kerana melukisnya. Malaymind tahu, kita tidak pun menggunakan akal semasa mengedarkannya di dalam email kerana kalau tidak, tidak ada sesiapa pun yang akan ambil peduli akan kartun sebodoh itu.

Kalau bercakap pasal politik pula, kita begitu suka dan meriah rasanya kalau kita berjaya mengutuk orang lain, separah mungkin. Panggil mereka segala nama, kutuk mereka dengan segala nama binatang yang ada dan kaitkan dengan bapa mereka, ipar duai mereka, menantu mereka, dan kita rasa bahagia.

Itulah kita orang melayu.

Pada waktu yang sama, kita memuji orang Cina kerana 'cool' nya mereka. Betapa koolnya TS Koh Tsu Koon menyerah tugas dan mengaku kekalahan, tanpa mengambil iktibar kenapa mereka sebegitu. Kita tidak sedar betapa mereka berlapang dada sesama cina, mereka tidak berkira sesama cina dan betapa mereka tahu, asalkan cina tidak mengapa.

Tapi kita orang melayu?

Bersorak gembira apabila rakan-rakan jatuh, melaungkan Allahuakbar apabila agama Islam diambil kesempatan dan menfitnah kawan - kawan seagama demi kepuasan diri.

Tidak salahlah agaknya mereka mengambil 'Amok' sebagai satu definisi dari bangsa Melayu, kerana kita, orang melayu hanya kaki amok. Amok sana, amok sini, dan emosi sana emosi sini.

Apa pandangan anda?

2 comments:

Anonymous said...

bila Ahmad Said di perkenan sultan jadi MB, kita amuk, bercakap dan komen dalam TV dan Akhbar. Sedangkan Ahmad Said bercakap pasal perpaduan UMNO dan orang Melayu. Patutnya Idris mengadap sultan, tapi dia pun buat komen pada pemberita, lagi semua tahu. Mana Melayu dan UMNO nak letak muka, semua orang tahu perbalahan dalam UMNO. Pak Lah patut dalam diam jumpa Sultan dan berbincang, tapi tidak cuma bercakap dahulu. Mungkin ni cara amuk orang Melayu zaman sekarang.

Doughlicious Cafe said...

Masalah disini, bukanlah sultan tetapi kepada penasihat-penasihat sultan. Haruslah diingat bahawa pemangku sultan adalah seorang kanak-kanak yg berusia 10 tahun yg kurang memahami dunia politik. Sedangkan sultan Terengganu iaitu Agong sekarang, berada d iluar bidang kuasa kerana menjawat jawatan sebagai Agong. Sepatutnya, jika Ahmad Said hendak bercakap tentang perpaduan Melayu, beliaulah patut berundur kerana ternyata majoriti ADUN Terengganu tidak menerima perlantikannya dan ketua UMNO iaitu Pak Lah sendiri tidak merestui perlantikannya.