Thursday, April 17, 2008

Kalaulah dari dulu aku sokong PR..

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu merdeka takkan sesekali,
PAS kata sebatang jarum pun gagal buati,
Apatah lagi nak memerintah negeri.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu bangsaku boleh berdikari,
Dasar pecah dan perintah menjadi amali,
Mungkin lebih berjaya dari DEB.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu tiada jua diskriminasi,
Cina tak perlu kongsi ekonomi,
Melayu tetap berbakti pada bumi.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR,
Dah tentu tol tak ada, minyak pun tak naik lagi,
Kereta motor tak perlu dibeli,
Hidup pun senang hanyalah jalan kaki.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu tiada UMNO, MCA dan MIC,
Kerjasama tentulah dengan DAP,
Merekalah kawan merekalah karibi.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Dah tentu Malaysia tak jadi negeri,
Singapura Singapore nama diberi,
Islam tentulah lagi tertinggi.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR,
Dah tentulah Proton tak menjadi lagi,
Kereta luar negeri tetap dibeli,
Makinlah kaya mereka di oversea.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS),
Impian KLCC takkan terealiasasi,
Apatah lagi F1 sendiri,
Susah kita juga kalau dikenali.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS)
Bonus pekerja Petronas tak adalah lagi,
Tu kan duit rakyat pengorbanan hakiki,
Itulah kerja kerana Ilahi.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS)
Dah tentu tak membazir waktu pagi hari,
Takdelah nak tengok lawan bola luar negeri,
Dari bermunajat mensuci diri.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS)
Dah tentu rokok pun haram dihisapi,
Kini jenuhlah Tuan Guru menangisi,
Kerana penyokongnya jua yang ramai membeli.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR
Tak adalah arak, disko dan judi,
Yang ada hanyalah kilangnya babi,
Prosesnya moden lagilah menyuci.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR (PAS)
Dah tentu Al-Quran & Sunnah memandu diri,
Melaksana Islam tentu semudah ABC,
Sama seperti slogan parti.

Kalaulah dari dulu aku sokong PR
Dah tentu internet tak sampai lagi,
Yelah internet kan hanya duniawi,
Yang kita mahu ukhrawi abadi.

Abistu tak dapatle korang membacai

Nukilan:

Malaymind
Miri, 16 April 2008

NOTA: Nnt aku buat sajak untuk BN pulak. Sabar.. sabar

2 comments:

Anonymous said...

Ya Allah..berteraburnye..ape kebenderla ko duk merapu nih..ha ha ha ha.
sian...

aku nk Quotekan kat sni ayat ko..
"Yelah internet kan hanya duniawi,
Yang kita mahu ukhrawi abadi"

ayat ko tu seolah2 mempermain2kan apa yang telah ditetapkan..SESUNGGUHNYA akhirat adalah lebih penting dari di dunia nih..sesungguhnya dunia hanyalah SEMENTARA..akhirat nnti kekal abadi...ko kene ingat tuh.

MalayMind said...

Aku bukan nak permainkan ayat tu, cuma ada org2 ni, kalau ada orang buat perkara dunia, dikutuknya.

Padahal dunia ini merupakan jambatan untuk ke negeri abadi.