Wednesday, December 30, 2009

Kejatuhan PAS baru bermula..

1. Sepertimana kata Husam di blognya di sini, PAS pernah jatuh pada zaman Dato' Asri akibat dari penglibatan ahli keluarganya. Kitaran ini nampaknya bermula lagi pada zaman TGNA.

2. Sewaktu Pakatan Rakyat kononnya di ambang kemenangan, PAS semakin bercelaru. Nak disokong TGNA, makin menjadilah Ariffahmi, Nik Abduh dan Nik Amalina. Tak disokong nanti, katanya tidak hormat pula kepada ulama. Dengan sebab itu, ramai orang PAS memilih untuk berdiam diri.

3. Kini keadaan lebih parah lagi, apabila ahli keluarga TGNA nampaknya berterusan cuba membuang Anual Bahri, Mohd Saiba dan kini Husam Musa. Mereka yang menulis berkenaan perkara ini kini telahpun dipanggil celaka oleh Tuan Guru.

4. Itu belum lagi dikira kes Dr Rosli yang kini diperintahkan untuk berpisah sementara dengan isteri keduanya. Bapa si isteri begitu bersungguh-sungguh memisahkan mereka dan walaupun Dr Rosli telah meletakkan jawatan, tingkahlakunya tetap akan dikaitkan dengan PAS.

5. Bagaimana sekarang rakan-rakan di dalam PAS? Bukankah tugas kita untuk membongkarkan salah laku pemimpin kita supaya kita dapat pemimpin yang lebih baik? Adakah patut kita bongkarkan lebih lagi supaya mereka semua dapat dijatuhkan?

6. Dulu, UMNO jatuh kerana Pak Lah. Kini, PAS bakal jatuh kerana siapa?

Faisal Tehrani kata, ia antara kata-kata hikmah meruntun sukma 2009.

MSO kata, PAS umpama rokok Marlboro Light - Berangin tapi tidak menyengat

TGNA dulu pernah kata tak boleh guna ALLAH, sekarang bagaimana ?

Malah ada org kata ini adalah akibat doa yang akhirnya makan tuan (Yang patut didoa ialah mereka yang rasuah, kaki maksiat, penfitnah tak kiralah dari parti apa sekalipun, bukannya UMNO!)

Friday, December 11, 2009

PAS yang tidak boleh diharap




1. Ramai orang memperbesar-besarkan hal buruk orang melayu dan seperti biasa, kita akan cuba untuk menepis. Kita memberikan mereka ruang untuk mempersoalkan hak kita, dan kita semakin hari semakin goyah untuk pertahankan.

2, Apabila ada orang persoalkan kenapa masjid diberi lebih peruntukan, kita pun terkedu nak menjawab. Apabila ada orang kata Biro Tatanegara bersikap perkauman, kita pun terus mengiyakan. Apabila orang kata, penduduk asli Malaysia ialah orang asli, kita pun setuju.

3. Kenapakah kita begitu lemah nak menerangkan hal-hal di atas? Tidakkah PAS mampu mengawal rakannya itu dari terus menerus menidakkan hak Islam? Adakah PAS sebegitu lemah?

4. Inilah sebab utama PAS tidak boleh diharap menjadi juara orang Islam di Malaysia. Mereka hanya berani melawan UMNO sedangkan UMNO hanya melawan PAS dari segi politik.

5. Ini berlainan dengan rakan karib PAS. Mereka MEMANG menghalang Islam atau paling tidak, mereka mahu hak yang sama untuk semua agama.

6. Inilah yang dilakukan nabi apabila baginda tidak melantik sahabatnya yang baik tetapi lemah dalam mengetuai peperangan. PAS mungkin baik kerana perlembagaannya, orangnya dan pengikutnya. Tetapi, medan politik perlukan lebih dari itu.

7. Benarlah orang kata, roket hanya memerlukan bulan sebelum mereka berlepas. Selepas itu, bulan akan menjadi sejarah. Itulah PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Tuesday, December 8, 2009

Malaysia Baru tak memerlukan undi melayu

1. Untuk menguasai kerajaan, hanya majoriti mudah 2/3 diperlukan. Orang melayu cuma 55% dan sekarang ini berpecah dua.

2. Oleh itu, semua parti melayu berusaha keras untuk mendapatkan undi bukan melayu kononnya bagi mengukuhkan penguasaan mereka. UMNO terus tunduk kepada penguasaan ekonomi orang Cina manakala PAS cuba berbaik-baik dengan bukan Islam dan menggadaikan agama suci itu untuk kepentingan politik.

3. Hasilnya, undi orang melayu tidak lagi diambil kira dalam menentukan dasar dan polisi parti melayu yang bertanding.

4. Tapi, tak mengapa, asal bukan UMNO.

5. Hatta sejarah Islam pun telah membuktikan, Islam tetap boleh berkembang walau tidak menjadi perdana menteri, bukan?

6. Cubalah. Kita hanya merisikokan masa depan anak cucu kita saja pun, bukannya orang lain.

Sila baca artikel penuh di sini

Kupasan dari Unspinner

Friday, December 4, 2009

Isu Royalti Minyak: Siapa yang untung dan siapa rugi?



(http://www.ifenergy.com)


1. Kerana minyak, Amerika Syarikat sanggup menyerang Iraq walaupun dengan menggunakan alasan yang dangkal. Di Malaysia, ada orang sanggup mendoakan kecelakaan orang lain, juga dengan sebab yang sama.

2. Namun ada satu perkara yang baik, tidak akan ada orang Kelantan yang akan menolak duit royalti minyak hatta orang UMNO sekalipun. Secara diam-diam, semua pemimpin UMNO Kelantan bersetuju dengan desakan PAS supaya ditambahkan lagi peruntukan kepada rakyat Kelantan. Soalnya cuma bagaimana mahu disalurkan?

3. PAS sudah tentu mahu royalti ini disalurkan secara terus kepada akaun kerajaan negeri, yang mana agak mustahil. Mustahil kerana PAS telah memusuhi UMNO bukan hanya secara politik, malah secara akidahnya. Takkanlah mereka yang dimusuhi sebegitu teruk akan mahu menolong sebegitu mudah?

4. UMNO pula tahu risiko melepaskan anjing yang tersepit. Kerana itu, mereka akan cuba sedaya upaya memberikan bantuan kepada rakyat Kelantan menggunakan cara lain (contohnya JPP)

5. Kesimpulannya, Malaymind menyokong kerajaan Kelantan untuk terus menerus menekan Perdana Menteri yang akhirnya memberikan lebih peruntukan kepada JPP.

6. Sebagai rakyat marhaen bagaimanapun, Malaymind menganggap tidak ada bezanya peruntukan disalurkan ke JPP atau kerajaan PAS. Ini kerana kerajaan PAS akan tetap memberikan projek kepada ahli PAS, manakala JPP pula milik ahli UMNO.

7. Mereka yang tidak bersetuju dipersilakan mengemukakan bukti masing-masing.

Saturday, October 10, 2009

EGM MCA: Pengajaran kepada UMNO dan PAS




Walau apapun kata mereka, Malaymind tabik dengan Ong Tee Keat kerana sikap gentleman beliau. Yang paling cerdik setakat ini ialah perwakilan MCA.

Mereka nampaknya dah buat keputusan. Bosan dengan gelagat 2 orang yang berbalah, buang saja kedua-duanya.

Itulah yang akan jadi dengan UMNO dan PAS nanti.

Orang Islam di malaysia memerlukan parti melayu yang kuat untuk mengimbangi kuasa ekonomi kaum bukan Islam. Walau sedengki mana orang bukan melayu yang mengutuk melayu kerana status bumiputeranya, atau sebangang mana orang melayu yang kata dia tak mahu status bumiputera itu sebab dia dah bersedia untuk berdaya saing, pastikan kita tahu rakyat semua sedang melihat.

Begitu juga halnya dengan PAS yang kerjanya hanya melabel orang lain tidak Islam, bukannya berusaha meningkatkan Islam. Termasuklah UMNO juga yang dipenuhi perasuah dan golongan elit yang buta Islam, tidak pula memartabatkan rakyat berbanding perut sendiri.

Ya, rakyat sedang melihat.

Kalau PAS dan UMNO sentiasa bertelagah, tidak mustahil EGM (PRU13) nanti akan berpihak kepada PKR dan DAP. Orang meluat dengan UMNO sebab isunya, dan PAS dengan alternatifnya. Kalau betul nak jadi alternatif, kenalah lebih baik orang kata. Nak jadi lebih baik, bukannya dengan cara burukkan orang lain.

Kalau nak merosakkan dominan UMNO dalam BN, jangan lupa pulak jadikan PAS dominan di dalam pakatan rakyat. Kalau setakat nak rosakkan UMNO lepas tu biarkan aje PAS jadi lembu dalam PR, tak payah jadi orang Islamlah.

Parti masing-masing ada kelemahannya. Baikilah kelemahan itu bukannya semata-mata nak merosakkan parti orang lain.

Kita kena ingat, ahli UMNO cuma 3 juta saja. PAS lagilah kurang. Itu ahlinya bukannya yang aktif lagi. Rakyat Malaysia pulak dah mencecah 27 juta. Yang boleh mengundi, lebih 10 juta. Tak ada parti yang boleh rasa dia kuat tanpa sedar bahawa yang atas pagar lagi ramai. Nak poyo-poyo sokong parti sendiri pun, biar ingat fakta ni dalam kepala.

Buat masa sekarang ni, UMNO tengah berhempas pulas nak ubah parti supaya lebih relevan. Baguslah.

PAS pun berhempas pulas juga nak jadikan parti mereka lebih universal. Pun bagus juga.

Cuma kena ingat, UMNO tak perlu korbankan perjuangan melayunya untuk jadi relevan, tapi PAS tidak. Makin banyak PAS menuju ke arah universal, makin banyak mereka berkompromi untuk perjuangan Islamnya.

Jadi, berjaga-jaga sikit ahli PAS. Sendiri jaga parti sendirilah orang kata.

Sebagai rakyat marhaen yang tak punya apa-apa, Malaymind tidak hadkan pangkah pilihanraya untuk sokong calon ikut parti saja. Calonnya kenalah bersih, bukan saja dengan songkoknya. Kalau berserban tapi kotor cara pun kena elak juga.

Atau nak ganti saja UMNO dan PAS ni dengan parti lain? PKR taknaklah sebab itu lagi teruk. Topengnya universal, tapi asasnya memijak PAS. PKR memang relevan apabila menumpang orang lain. Tapi kena ingat, tanpa parti lain yang boleh dia pijak, PKR tak ada apa-apa.

Nasib baiklah UMNO dah nak ubah perlembagaannya minggu depan. Dapat juga buang pemimpin yang kotor dan berlagak.

Pasal PAS, biarlah ahlinya sendiri yang memikirkannya.

p/s: Gambar di atas ialah 'petugas PAS' yang kononnya dicederakan oleh penyokong UMNO. Melainkan tukang libasnya itu samurai, Malaymind tak percaya pedang itu mampu koyakkan baju tetapi tidak kulitnya. Ingatkan PAS lebih bersih dari UMNO, rupanya guna cara kotor yang sama saja!

Wednesday, September 9, 2009

Perundingan PAS-UMNO

Benar, isu ini memang isu lapuk sepertimana kata TGNA. Cuma, ia satu isu lapuk yang RAMAI ORANG, termasuk beliau tidak faham-faham.

Membuka pintu rundingan bukan bererti wajib bersetuju.

PAS sepatutnya lebih matang kerana berunding bukanlah bermakna mengalah. Sekiranya rundingan itu berat sebelah, ia boleh ditamatkan. Sekiranya tidak berpuashati, cari saja alasan untuk keluar dari rundingan. Kemudian, berunding lagi tentang hal lain pula yang lebih menguntungkan mereka termasuklah isu royalti minyak, isu projek rakyat dan sebagainya.

Yang pasti, mulakan saja apa rundingan tapi bukanlah yang untungkan perut sendiri saja.

Hanya orang gila saja berunding untuk rugikan diri sendiri.


Tidak mahu berunding kerana UMNO perjuangkan Bangsa, bukannya Islam?

Merujuk perlembagaan, orang Melayu ialah orang melayu yang WAJIB beragama Islam. Seseorang itu BUKANLAH dipanggil melayu sekiranya dia TIDAK beragama Islam. Malah, ini merupakan SATU-SATUNYA PERJUANGAN KAUM DI DUNIA YANG ADA ISLAM SEBAGAI SYARAT (Rujuk sendiri perlembagaan Malaysia la sedara, takkan 52 tahun Malaysia merdeka pun tak tahu?)

Jelasnya, perjuangan Islam versi UMNO ini tidak menghalang Islam cuma ia lebih spesifik untuk orang Islam yang Melayu. Ini kerana, setiap kaum lain di Malaysia juga punya parti kaum mereka sendiri. Ini adalah 'peninggalan penjajah' yang bukan mudah nak diubah.

Contoh termudah ialah kegagalan PAS di Selangor untuk menutup kilang arak yang dibuat kerana itu 'peninggalan BN'. Kalaulah 'peninggalan BN' itu pun dah rasa susah, takkanlah 'peninggalan penjajah' itu lebih mudah?

Kesimpulannya, kalau tak mahu rundingan dengan UMNO, tak apalah. Tapi, jangan kata tak mahu runding sebab dasar kebangsaan yang SEBENARNYA untuk kebaikan orang Islam juga.


Contoh rundingan yang merugikan

1) Apabila sanggup untuk tidak meletakkan misi menubuh negara Islam apabila berunding dengan mereka yang tidak mahu Islam.

2) Apabila sanggup ketepikan Hudud kerana takut rakan bukan Islam marah tetapi sanggup pula pertahankan Hudud sebagai modal nak berperang dengan saudara seIslam.

3) Apabila sanggup tidak mahu berunding dengan saudara seIslam kerana dasar bangsa mereka, tetapi sanggup pula berunding dengan bukan Islam WALAUPUN dasar mereka MENOLAK ISLAM.


Rekod buruk kerajaan perpaduan UMNO-PAS

Tentang perpaduan UMNO-PAS di Kelantan yang tak jadi dulu, silalah rujuk sejarah dan mereka yang terlibat dengannya. Waktu itu, bukan perbezaan dasar yang telah memecahkan perpaduan, tetapi lebih kepada perpecahan pemimpin PAS dan pemimpin UMNO.

Pada waktu itu, UMNO kata PAS hanya pentingkan kroni sendiri dalam skop pentadbiran mereka dan PAS pun kata yang sama. Ia berlaku kerana kedengkian pemimpin waktu itu baik di pihak UMNO atau PAS.

Buatlah kajian sendiri mengenai kerjasama BN-PAS ini sebelum komen membuta tuli.

Yang pastinya PAS tidak keluar dari kerajaan perpaduan itu kerana mereka nak melaksanakan Islam atau tidak bersetuju Islam ala UMNO. Ia lebih kepada hal menjaga kebajikan penyokong masing - masing.

Monday, September 7, 2009

Jalan menuju Hudud versi UMNO

Bacalah. UMNO tidak pernah sekali-kali membawa Hudud ke belakang. Klik sini.

Sunday, September 6, 2009

Nuzul Quran: Cutinya atau mesejnya?



(Gambar dari zuraisham.fotopages.com)

Kita kerap memberi alasan apabila tiba datangnya waktu untuk membaca al-Quran. Kita mungkin rasa masa tak cukup, malu kerana tidak fasih mahupun takut timbulnya riak.

Kita juga dengar kisah-kisah ulung orang zaman dahulu tentang mereka khatam Al-Quran setiap hari meskipun mereka pemerintah negara. Kita tentu terfikir bagaimanakah mereka lakukan itu semua?

Sejujurnya Malaymind sendiri tidak tahu.

Tapi tazkirah malam ini membuka satu lembaran baru tentang Nuzul Quran pada Malaymind. Ia cuma mengambil masa kurang 15 minit tetapi tidak sabar rasanya untuk berkongsi dengan rakan pembaca sebelum lupa.


Ringkasan Al-Quran:

Al-Quran diturunkan kepada seluruh umat manusia, bukan hanya untuk orang Islam. Ia dipanggil Al-Furqan (Asal perkataan 'Faraq') iaitu pisah/beza. Al-Quran adalah pembeza antara kebenaran dan kebatilan.

Al-Quran diturunkan untuk menerangkan 5 perkara:

1) Menerangkan tentang apa yang boleh dan perlu dilakukan. Menyatakan suruhan-suruhan Allah
2) Larangan Allah
3) Menerangkan tentang janji-janji baik Allah terhadap mereka yang mengikuti suruhan-Nya. Berita gembira supaya mereka berterusan melakukan kebajikan.
4) Ancaman-ancaman terhadap mereka yang engkar dan melakukan larangan-Nya. Berita yang menakutkan tentang azab-azab yang bakal dihadapi.
5) Kisah-kisah teladan umat terdahulu supaya kita mengambil iktibar daripadanya.

Ia nampaknya mudah difahami cuma payah dilakukan. Masih ada masa kepada kita untuk kembali.

Selamat menginsafi Nuzulnya Al-Quran.

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan



Ramadhan adalah bulan muhasabah. Bukan untuk orang lain, untuk diri kita sendiri. Hanya kita yang tahu betapa banyak dosa kita, melainkan kita mahu melupakannya. Hanya kita yang tahu, sejauh manakah intipati puasa kita setiap tahun. Berpuasakah mata, tangan atau hati kita, selain dari mengawal perut.

Sepertimana kata Tuan Guru Nik Aziz, tidak perlu ada lagi serangan peribadi. Kita sepatutnya mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan semangat ukhuwwah.

Biarkan hanya ketua pemuda PAS atau Naib Presidennya yang mengingkari pesanan Tuan Gurunya sendiri.

Selamat menyambut Ramadhan.

Monday, July 27, 2009

In defense of Tun Dr Mahathir : Kaki dalam kasut




Pictures from http://media.photobucket.com/image/shoes/ruby33_2008/shoes.jpg

I am offended, when my Chinese friends dare to question my rights. They’re on the other hand, calling me RACIST for defending it.

Normally whenever I feel offended, I will start to play the offensiveness and attackingness. It’ll get worst now because I am a DOUBLE RACIST to them, which is weird considering they’re the one who started off this fight.

When I explain about how I feel, they say I shouldn’t be because they’re condemning my rights in the name of equality. They say, I’m not treating them equally before and now I should take the blame.

Unfortunately, when I ask the same equality in sharing the economy for example, they’re calling me a TRIPLE RACIST for bringing that up.

They say it’s me who work less smart, lazy and without knowledge, deliberately forgetting the fact that their forefathers had been given the job by British as businessmen, when my forefathers only as fishermen.

Of course, it is never equal and now I’m suggesting that they should treat us equally by sharing their British-given business too. By now, I’m a QUADRAPLE RACIST.

So, I bring up another issue to show how we should start off 'equal' from the very beginning. I beg them to be in the same school as one Malaysia race, and you know what they call me – BORN RACIST for wanting us to learn in the same school, having the same childhood and grow old together.

Now, I know ‘equality’ is only when they’re having all the advantages, which unfortunately is a racist gesture at its CORE.

So, I understand about that basic now but what is new to me is why my Malay friends now are also calling me RACIST!

They called me racist for DEFENDING their rights, asking EQUAL share of economy and SHARING the same school for our Malaysia.

Probably, they thought they’ve worked hard, they’re brilliant and they don’t need people to defend for them when the fact is, they have slightest clue about what is happening. They deliberately forgot about the scholarships, about the quota that helps them and about the textbook that was translated for them. Now, they get madder because they said they didn’t need all that and doesn’t owe a thing especially to UMNO.

Of course by now I know the fact that they’re actually filthiest rich and are now trying to be a ‘champion on equality’, which obviously something they cannot relate. They have level up their ass with a degree, a good paycheck and they can stand on their own.

They’re not the poor village Malays who were destined to be a fisherman as I told you before. Probably they even don’t know that no fisherman can be a millionaire, especially when they have no money to buy a big boat.

However, it’s different to some people where they can now venture into anything, manufacture almost anything and be the pioneer on everything when their forefathers inherited them a fortune they made 5 decades ago.

They of course credited all these to only their hard work, perseverance and knowledge whereas they missed out one important thing – the opportunity they got from the British divide-and-rule policies to achieve what they’re today.

So, if you want to talk about inequality, don't be that selective. Don't dare to talk the topic which ONLY YOU have advantage over it and say it's for 'equality' and keep silent about some.

Remember, DEB is only to protect Malays from being a total consumer, not to steal your 'hard-earned' money (Which actually comes from our 'hard-earned' salary by the way). We just make that quota in order for you not to steal EVERYTHING from us.

Remember who starts this fight?

Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan: Tangan-tangan DAP vs PAS



(Gambar diambil dari komentator di Malaysia Today)

1. Poster di atas sudah cukup untuk kita fahami apakah kemelut yang berlaku di dalam PAS ataupun Perasan Rakyat. Ia langsung tidak menunjukkan kematangan berpolitik melainkan kebencian semata - mata.

2. Ironinya, mereka ini benci kepada Hj Hadi yang merupakan PEMBENCI UMNO NO 1 di dalam PAS. Sekiranya ada yang sudah lupa, Hj Hadi pernah mengijtihadkan UMNO ini kafir dan masih tidak menarik balik tuduhan tersebut sehingga ke hari ini. Siapakah orang lain yang lebih hebat bencinya kepada UMNO melainkan Hj Hadi?

3. Namun apa yang tidak mahu difahami oleh mereka ini ialah kenapa PEMBENCI NO 1 ini tiba - tiba berubah arah mencanangkan Kerajaan Perpaduan pada waktu PR dilihat semakin hebat?

4. Antara kemungkinan Hj Hadi berbuat demikian:

A - Beliau mahu menarik undi orang melayu dari UMNO SEKIRANYA PR berjaya memerintah Malaysia melalui ideologi kompromi ini.

B - Beliau ingin mengingatkan PKR dan DAP bahawa PAS masih punya alternatif sekiranya DAP dan PKR berterusan menafikan sumbangan PAS.

C - Hj Hadi MENGETAHUI sesuatu yang ORANG LAIN TIDAK TAHU yang memungkinkan beliau sanggup melawan arus bantahan dari dalam PAS sendiri.

5. Yang pastinya, DAP tidak akan mahu perpaduan orang Melayu ini terjadi. Seperti biasa, mereka akan menggunakan orang dalam PAS sendiri dalam usaha mengagalkan idea ini.

6. Oleh itu, pilihan yang ada bagi PAS ialah menjadi talibarut UMNO atau menjadi kuda tunggangan DAP.

7. Pemuda PAS Melaka telah memilih menjadi kuda tunggangan DAP. Anda bila lagi?

Sunday, May 10, 2009

Kerajaan mana yang haram di Perak?



Semua orang tahu tentang halal dan haram. Tetapi tak ramai yang tahu tentang yang syubhah iaitu perkara yang tidaklah jelas halal atau haramnya. Contoh penggunaan adalah seperti berikut:


Kumpulan yang diwujudkan secara syubhah

PAS contohnya adalah halal, PKR adalah halal dan DAP adalah halal kerana didaftarkan tetapi PR adalah kumpulah Syubhah apabila disamakan dengan BN yang berdaftar secara halal.


Kuasa di Perak yang syubhah

Selepas PRU 12, sekumpulan 3 parti yang halal telah cuba mewujudkan satu pakatan Syubhah bagi menidakkan satu kumpulan yang halal. Bijak menggunakan interpretasi perundangan yang ada, mereka berhujah bahawa walau tidak didaftarkan secara rasmi sebagai satu kumpulan yang halal, Sultan tidaklah patut menidakkan majoriti yang mereka ada. Walaupun ini dibuat secara syubhah, Sultan tidaklah pula menganggap manipulasi ini sebagai haram lantas memperkenankan pakatan tidak rasmi ini memerintah negeri Perak juga secara syubhah.


Cubaan merampas kuasa persekutuan yang syubhah

Setelah beberapa lama memerintah secara adil dan saksamanya, ketua De Facto mereka telah dilihat cuba menggunakan cara tidak halal untuk merampas kuasa yang dimenangi BN. Sekalipun gagal, cara ini tidaklah dikategorikan sebagai haram walaupun ia berstatus syubhah. Malah, semua penyokong nampaknya tidak kisah dengan cara syubhah ini apabila ia melibatkan parti pilihan mereka.


Cubaan memberhentikan ADUN menggunakan surat syubhah

Kejutan berlaku apabila ada 3 ADUN pakatan syubhah telah memilih untuk keluar dari kumpulan mereka di Perak dan mengistiharkan diri mereka bebas tapi menyokong BN. Kumpulan syubhah yang tidak berparti ini telah cuba diberhentikan, juga dengan cara menggunakan surat yang syubhah. Namun begitu, surat itu kemudiannya dihukumkan haram oleh mahkamah sepertimana yang berlaku pada 1980an kepada wakil rakyat UMNO maka 3 ADUN kekal memegang jawatan mereka.


Cubaan mengekalkan MB yang haram

Oleh kerana surat itu haram maka tidaklah dapat dikeluarkan 3 ADUN ini. Dengan kekalnya status mereka, maka diketahuilah umum bahawa MB syubhah yang ada pada waktu itu sudah automatik menjadi haram kerana hilangnya sokongan. Maka, tanpa mengira akan statusnya itu, MB haram tersebut telah mengemukakan cadangan untuk membubarkan DUN Perak. Sultan mengira cadangan tersebut tidak halal kerana ia dibuat oleh MB yang haram lantas tidak memperkenankannya. Oleh kerana Perak tetap memerlukan seorang MB yang punya majoriti, lantas dilantik baginda seorang MB halal menggantikan yang haram namun ditentang beberapa kelompok orang.


Cubaan menggantung 10 ADUN dengan hukuman yang haram

Walaupun mereka gagal memecat 3 ADUN itu, mereka nampaknya masih lagi mahu mencuba cara tidak halal untuk mengeluarkan 10 orang ADUN dengan menggantung mereka supaya MB haram dapat mengekalkan jawatan. Berbeza dengan keputusan menggantung Gobind Singh Deo yang dibuat hasil debat 17 parti halal di dalam dewan, penggantungan 10 ADUN ini hanya dibuat oleh satu jawatankuasa yang hanya dianggotai oleh kumpulan syubhah saja. Lebih tidak halal apabila ia dibuat tanpa debat dalam dewan sepertimana Gobind lalu mahkamah kemudian memutuskan keputusan penggantungan ini haram.


Cubaan menghalang 10 ADUN memasuki dewan dengan menggunakan hukuman yang haram

Kumpulan syubhah lantas cuba menggunakan cara tidak halal untuk mengagalkan dewan bersidang tetapi gagal. Mereka kemudiannya cuba menghalang 10 ADUN dari memasuki dewan berdasarkan keputusan haram mereka tetapi sudah tentulah ia tidak akan didengari. Alasan ini digunakan selama lebih 5 jam.


Cubaan mengekalkan Speaker yang haram

Setelah gagal menghalang menggunakan hukuman yang haram, speaker yang pada waktu itu masih halal ini cuba pula menghalang usul yang halal untuk memecat beliau. Oleh kerana keadaan masih gagal dikawal oleh Speaker maka Timbalan Speaker yang halal kemudiannya mengambil alih tugas Speaker itu secara automatik. Dengan penerimaan usul untuk memecat Speaker oleh Timbalan Speaker yang halal, maka Speaker yang halal tadi telah menjadi haram dengan rasminya. Malangnya, speaker yang haram ini cuba untuk mengekalkan statusnya yang haram itu sehinggalah dibawa keluar.

Sekarang cerita sikit kuasa siapa yang sebenarnya haram?

UPDATE: Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar masih lagi MB yang halal sehingga diundi keluar secara halal di dalam dewan.

Penyokong UMNO wajar menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka sepertimana Dr Zambry. Walaupun rayuan masih boleh dilakukan untuk diputuskan Mahkamah Persekutuan, kita pelu bersedia untuk menghabiskan duit rakyat lagi dengan pilihanraya.

Rakyat yang tidak suka politik tidak perlu marah kerana hal sekecil ini. Berapa sangatlah nilai 20 juta ringgit demi hak Rakyat Perak?

Statistik cuma menunjukkan hanya 27000 orang kehilangan pekerjaan di seluruh negara setakat ini. Belum dikira lagi mereka yang OTnya dinafikan dan gajinya dipotong yang mungkin gembira kerana Pakatan Rakyat begitu mengambil berat tentang kebajikan mereka.

Sungguh contra-intellect.

Thursday, April 30, 2009

Politik tidak berasaskan kaum?

Ada orang kata, perjuangan berasaskan kaum adalah perjuangan yang sudah lapuk. Lebih baik berjuang atas nama Islam kerana definisi orang Islam lebih luas dan lebih mulia dari berjuang hanya untuk kaum sendiri.

Ada orang lain pula pula kata, lebih baik berjuang atas nama negara, iaitu Malaysian Malaysia kerana kita sepatutnya sama tanpa mengira agama atau kaum. Perjuangan inilah yang lebih luas dari berjuang hanya untuk agama sendiri?

Tersentak dengan logik tersebut, sesetengah mereka ini membentuk pula perjuangan bernama keADILan yang tentunya lebih tinggi dari memperjuangkan negara, agama ataupun kaum. Keadilan lebih melambangkan kesejagatan berbanding semua perjuangan di atas.

Pokok pangkalnya, mereka sedaya upaya tidak mahu menjadi subset kepada perjuangan orang lain dari segi matematiknya.

Sejak itulah dikumandangkan bahawa rakyat perlulah menyokong perjuangan suci yang tidak berasaskan agama, negara dan kaum ini. Yang paling terperangkap ialah pejuang - pejuang Islam kerana sehingga ke tahap ini, mereka masih percaya bahawa kerana kesyumulan Islamlah, maka majoriti rakyat sekarang sudah mula menerima mereka. Mereka tidak tahu, mereka berkongsi kerbau tatkala orang lain hanya berkongsi telor.

Percaya atau tidak, PAS, DAP dan KeADILan tidak pernah berani meletakkan calon tanpa mengikut majoriti kaum kawasan tersebut. Secara faktanya, PAS tetap mahukan kawasan majoriti Melayu, DAP mendamba kawasan majoriti Cina dan KeADILan pula kepinginkan kawasan - kawasan lain, juga mengikut majoriti kaum tempatan.

Ini sudah tentu tidak konsisten dengan dasar bukan perkauman yang mereka war warkan itu bukan?

Lalu ada orang yang berkata," Alah UMNO pun sama!".

Sedihnya, mereka ini tidak pun tahu bahawa UMNO, walaupun adalah parti berasaskan kaum, tetap meletakkan calon India (M. Keyveas) di kawasan majoriti Cina seperti di P60 Taiping dan meletakkan calon MCA (Kong Cho Ha) di kawasan P74 Lumut yang majoritinya Melayu.

Kalau nak menipu orang kampung yang buta huruf bolehlah, ini orang yang cerdik pandai di bandar pun boleh tertipu dengan slogan ini.

Memang pelik.

Friday, April 10, 2009

Malaymind adalah simbol kegagalan PAS

Terpana seketika apabila terbaca ulasan Ustaz SaifulIslam mengenai Malaymind. Sebagai seorang yang dihormati, beliau barangkali telah mendefiniskan hujah Malaymind sudah berada diluar lingkup keilmuan. Atau mungkin juga kerana apa yang dikatakan itu terlampau pahit untuk ditelan.

Tetapi tidak mengapa, Ustaz.

Serangan terhadap UMNO sendiri pun tidak pernah berhenti. Bayangkan, tohmahan bertaliarus sehinggakan kerajaan terpaksa tingkatkan fokus untuk menstabilkan politik negara berbanding perkara - perkara penting lainnya.

Kalau dibiarkan pula, dikatakan pula kita salah walhal beban membuktikan adalah pada pihak yang menuduh!

Oleh itu, blog ini terbuka untuk menerima hujah, tohmahan mahupun kutukan kerana sebagai simbol kegagalan PAS, tidak ada apa lagi yang perlu ditakutkan.

p/s: Moga Allah mengampunkan dosa Malaymind kerana menerangkan perkara yang mungkin pahit bagi sesetengah orang.

Thursday, April 9, 2009

New Cabinet

Prime Minister and Finance Minister 1 - Datuk Seri Najib Tun Razak

Deputy PM and Education Minister - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Finance Minister 2 - Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Ministers in PM dept - Datuk Seri Mohammed Nazri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon and Rtd Brigadier General Datuk Jamil Khir Baharum

Transport - Datuk Seri Ong Tee Keat

Science and Technology - Datuk Dr Maximus Ongkili

Defence - Datuk Ahmad Zahid Hamidi

Home - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Rural and Regional Development - Datuk Seri Shafie Apdal

Housing and Local Government - Datuk Kong Cho Ha

Health - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Tourism - Datuk Dr Ng Yen Yen

Human Resources - Datuk Dr S. Subramaniam

Natural Resources and Environment - Datuk Douglas Uggah Embas

Women, Family and Community Development - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

International Trade and Industry - Datuk Mustapa Mohamed

Higher Education - Datuk Seri Khaled Nordin

Energy, Green Technology and Water - Datuk Peter Chin

Information, Unity, Culture and Arts - Datuk Seri Dr Rais Yatim

Agriculture - Datuk Noh Omar

Works - Datuk Shaziman Abu Mansor

Domestic Trade - Datuk Ismail Sabri Yaakob

Sports - Datuk Ahmad Shabery Cheek

Foreign - Datuk Anifah Aman

Federal Territories - Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Wednesday, April 8, 2009

Guru sebagai wakil sokongan akar umbi



Gambar diambil dari website manpower india

1. Umum tahu BN telah berjaya mengekalkan Batang Ai. Begitu juga Pakatan Rakyat di bukit selambau dan bukit gantang. Di sebalik 'good mood' peralihan kuasa UMNO, keputusan ini sudah tentu agak mengecewakan tetapi ada juga kebaikannya ia berlaku sekarang.

2. Dengan jangkaan kemenangan BN yang meleset, Najib dan teamnya terpaksa melakukan lebih lagi. UMNO perlu melakukan lebih banyak pembaharuan untuk mendapatkan undi belia dan bukan melayu yang nampaknya begitu beralih arah.

3. Tak perlu pegi jauh.

4. Kawan-kawan universiti Malaymind majoritinya adalah mereka yang pro-PR termasuklah kawan - kawan peringkat sekolah rendah dan menengah. Ini cuma segelintir contoh belia yang ada.

5. Yang Pro-BN di peringkat pemimpin akar umbi pula adalah mereka yang mahu cari makan dari projek - projek kerajaan. Penyokong tidak aktif UMNO tidak punya banyak pilihan selain dari mereka ini kerana mereka sanggup mengabdikan diri sepenuhnya demi UMNO. Disitulah mata pencarian mereka.

6. Dek kerana tidak punya waktu untuk kerjaya lain, mereka terpaksa bergerak munggunakan dana dari pihak atasan untuk terus mencari sokongan. Mereka juga kerap bergantung kepada sumbangan awal sebagai cara untuk mula mendekati akar umbi.

7. Oleh itu, semakin banyak masa diperuntukkan untuk membeli sokongan, semakin berakar umbilah budaya rasuah di dalam UMNO. Duit yang habis perlu diganti dan pemimpin atasan akhirnya tidak punya pilihan selain dari terus menyalurkan dana kepada wakil peringkat cawangan ini.

8. Oleh itu, apa yang patut UMNO lakukan ?

9. Melalui pengamatan Malaymind, guru merupakan calon yang paling efektif untuk menghapuskan budaya ini. Guru adalah orangnya dimana sokongan adalah berdasarkan rasa hormat dan juga ilmu.

10. Meskipun tanpa terlibat di dalam politik wang, guru mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan sokongan dari kalangan anak-anak murid mereka, dari kalangan ibu bapa murid dan juga kalangan guru sendiri.

11. Guru juga punya lebih waktu untuk bergaul dengan masyarakat dalam aktiviti setempat dan semua ini tidak memerlukan dana yang besar selain dari karisma yang ada dalam diri mereka.

12. Secara prinsipnya, UMNO tidak boleh terus bergantung kepada mereka yang membeli untuk mendapatkan sokongan. Lebih ruang perlu disediakan kepada guru sebagai focal point sokongan akar umbi kerana mereka punya potensi menjana sokongan yang tulen.

Saturday, April 4, 2009

Bukti PAS lebih takutkan DAP di Perak

Ini adalah rakaman video di dalam dewan:

http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs : Penafian DS Nizar PAS mahukan negara Islam

http://www.youtube.com/watch?v=DBrJXNQ9XJo : Isu Geran 999 tahun

Anda nilaikan sendiri kenapa orang kata PAS itu boneka di Perak.

Tuesday, March 31, 2009

Komplen si Dungu

Sejak dulu sampailah sekarang, Malaymind melihat orang - orang yang hanya pandai membantah tanpa memberikan buah fikiran sebagai orang yang dungu.

Nak mengatakan orang lain salah tu sememangnya satu hal, tapi nak mengatakan mana yang betul pun tergagap-gagap. Lagi dungunya, ada juga orang yang mengikut orang -orang ini tanpa tujuan.

Ya, itu salah ini salah, tapi apa yang betul?


Hukum Hudud


Seingat Malaymind, PAS mengatakan UMNO salah berpuluh tahun lalu kerana tidak mahu melaksanakan hukum Hudud. Ironinya, kurang 10 tahun lalu barulah mereka mengeluarkan draf hudud ala PAS sebagai sokongan retorik mereka selama ini.

Bukti tentang betapa seriusnya PAS untuk melaksanakan Hudud juga boleh dilihat di Kelantan.

Kalaulah PAS memerlukan 19 tahun hanya untuk mendidik rakyat dan masih gagal, apa yang patut kita harapkan dari UMNO yang baru 59 tahun memerintah? Perlu diingat, Melayu Islam hanya 65% berbanding 98% di Kelantan dan Malaya bermula dengan sebuah negara miskin.
Jadi benarkah PAS lebih serius berbanding UMNO dalam hal hukum Hudud ini?

Kebenaran ini telah dibuktikan oleh Datuk Harun Din sendiri apabila beliau pun sudah mengeluarkan kenyataan menjelaskan ada isu lain yang lebih penting dari melaksanakan hukum Hudud disini.
Sekarang tahukah anda bahawa PAS juga berpendapat bahawa pembangunan ekonomi adalah lebih penting dari membangunkan hukum Hudud?

Bukankah PAS lambat laun akan menjadi seperti UMNO juga?


Najib bukan pilihan PAS?



Rujukan gambar dari blogger penarik beca.

Oh tak suka Najib? OKlah tu.
Cuma nak tanya sikit, dah tak suka sangat Najib tu, dah ada ke calon lain ?
Jangan duk komen orang ni tak kena, orang tu tak kena, tapi akal kita cuma sampai ke situ saja. Bagilah cadangan siapa yang lebih baik untuk menggantikan Najib.
Samalah dengan orang yang benci Manchester United tapi tak ada team pun di dalam liga dan orang yang yang duk komen kabinet orang lain, walhal kabinet sendiri pun tak ada?
Kalau tak ada skil nak buat keputusan sendiri, jangan duk sibuk nak komplen keputusan orang lain.
Janganlah nampak kita ni dungu sangat.

Thursday, March 26, 2009

Tuah & Sial Khairy Jamaludin


Tahniah, KJ dan penyokong - penyokongnya.

Sabarlah penyokong - penyokong Mukhriz dan Dr Khir. Ada hikmahnya disebalik kegagalan ini.

Walaupun sampai lewat ke PWTC, masih terasa lagi mood 'frust' sepertimana juga kemungkinan majoriti rakyat Malaysia, tetapi keputusan itu haruslah diterima.


Pengajaran 1: Jangan hanya berani berkokok di luar gelanggang

Ramai orang yang tidak mahu KJ menjadi Ketua Pemuda hanya berani berkokok di blog-blog dan tidak aktif di dalam pemuda UMNO. Mereka berani menulis, tahu keadaan sokongan rakyat di luar sana, tetapi bersikap tidak peduli.

Mereka inilah pada Malaymind orang yang bersalah kerana kemenangan KJ. Bukannya KJ.

KJ hanyalah seorang opportunis yang tahu mengambil kesempatan.


Pengajaran 2: Strategi memecahkan undi hanya akan memenangkan pihak lawan

Dari congak kiraan politik pun, pertandingan tiga penjuru itu merupakan satu kesilapan apabila dua pihak majoriti yang bertanding.

Mereka yang tidak mahukan KJ akan mengundi DS Khir ataupun Mukhriz dan undian kedua-dua mereka ini, kalau dijumlahkan akan melebihi undian kepada KJ.

Malangnya, tiada kompromi dibuat oleh DS Khir dan Mukhriz. Masing-masing nampaknya mahu menguji dan kini terbuktilah sokongan DS Khir lebih sedikit saja.

Selebihnya rakan Pemuda akan terpaksa menerima Khairy untuk 3 tahun akan datang.


Pengajaran 3: Beri salah tak beri kalah

Untuk pengajaran ini, Malaymind mencadangkan agar mereka yang menerima juga akan dikenakan tindakan. Ya, jumlahnya mungkin cuma 100, atau 1000 atau 20000, tapi tindakan perlu diambil kepada mereka yang juga mengambil.

Ia mungkin sudah terlambat buat masa ini, dan juga tidak begitu realistik. Tapi, adakah lagi cadangan lain yang lebih bernas?

Tapi, semua tindakan perlulah dengan bukti yang jelas dan perlu dilihat adil.


Pengajaran 4: Tinggallah harapan kepada Najib.

Ramai mengandaikan UMNO akan berkubur dengan kembalinya Khairy tetapi Malaymind masih lagi bergantung harap kepada Najib untuk mengemudikan UMNO dan kem - kem Pak Lah yang dulunya telah gagal.

Kemungkinan juga ada team Pak Lah yang akan memenangi beberapa 'key position' dalam UMNO, dan nampaknya saf yang diimpikan Najib mungkin tidak sepenuhnya akan menjadi kenyataan.

Berdasarkan kemenangan Khairy semalam, kedudukan Muhyiddin bukan lagi selamat.


Misi Pemuda UMNO pada masa depan

Ialah untuk merekrut seberapa ramai ahli UMNO yang berkualiti untuk memperbetulkan parti. Pemuda UMNO yang ada sekarang, begitu mengecewakan apabila segalanya boleh dibeli.

Mereka yang tidak rasuah pula tidak mahu menceburkan diri. Ini juga satu kesalahan yang sama besarnya dengan mereka yang mengundi kerana rasuah.

Kita tidak patut membiarkan kalau kita tidak bersetuju. Jangan menjadi seperti ayam berkokok di luar gelanggang.


Pengalaman Malaymind di PWTC

Penyokong Khairy

Di sana sini, begitu ramai pemuda yang memakai baju sokongan untuk Khairy. Mereka begitu gembira selepas kemenangan Khairy diumumkan. Ada yang menangis kegembiraan, ada yang terkinja-kinja melompat dan berpelukan.

Yang amat mendukacitakan pada Malaymind ialah apabila ada dari mereka mula berbincang sesama sendiri mengenai keuntungan yang mereka dapat. Kata mereka, dahlah dapat duit 100, calon yang disokong pulak menang.

Ini adalah perbualan 2 orang Melayu yang pada Malaymind, begitu keji sekali. Malaymind tidak punya gambar untuk mengambil muka-muka mereka ini.

Dari aspek lain, Malaymind percaya KJ akan menggunakan kesempatan ini untuk berbaik - baik dengan Khir dan Mukriz serta penyokong-penyokong mereka. Pak Lah sudah tidak ada sekarang, dan KJ tidak punya banyak masa dan pilihan.


Penyokong Mukhriz / DS Khir

Mereka yang kalah semestinya frust.

Dek kerana emosi ini, mereka melaungkan 'rasuah, rasuah, rasuah' kepada penyokong KJ yang menjeritkan 'KJ!, KJ!, KJ! Insiden ini hampir menimbulkan pergaduhan dan penyokong KJ bertindak cerdik apabila tidak kekal lama di dewan dan tidak melayan provokasi mereka ini.

Ini diumpamakan sebagai perlawanan bola sepak. Cuma bezanya kali ini, kita bersorak menang dan menangis kalah - untuk masa depan.

Yang merisaukan Malaymind ialah sikap orang UMNO ini yang bakal merosakkan jentera pilihanraya untuk DUN 2 Bkt dan Btg Ai.

Orang melayu umumnya terkenal dengan 'frust' menonggeng dan lagu yang mendayu - dayu. Kemenangan mereka yang bukan pilihan bakal menjadi alasan paling kukuh untuk tidak bekerja kuat dan ini sudah pastinya akan menjadi duri dalam daging.

Tuesday, March 24, 2009

Ucapan TDM berkenaan orang Melayu

UCAPAN OLEH YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR PADA HARI AHAD, 22 MAC 2009

1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.

2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.

3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.

4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.

5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.

6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.

7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.

8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.

10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.

11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.

12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.

13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.

14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.

17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.

18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.

19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.

20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.

21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena.

22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.

23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.

24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.

25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.

26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.

27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.

28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.

29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.

30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.

31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.

32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging bibi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.

33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.

34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.

35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.

36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.

37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.

38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.

39. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.

40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.

41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.

42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.

43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.

44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.

45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.

46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?

47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.

48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.

49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.

50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.

51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.

52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.

53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.

54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.

55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.

56. Itulah kenyataan yang sebenar.

57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.

58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.

59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.

60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.

61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?

62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?

63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.

64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.

65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.

66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.

67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.

68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.

69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.

70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?

71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.

72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.

73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.

74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.

75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.

76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.

77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.

78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.

79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.

80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.

81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

83. Malu kata mereka.

84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.

85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.

86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.

87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.

88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.

90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.

91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.

92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.
93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.

94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.

96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.

97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.

98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.

99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.

100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Saturday, February 21, 2009

Dr Khir sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Maaflah. Malaymind tidak boleh mengundi Ketua Pemuda UMNO Mac nanti. Ia telah diwakilkan kepada orang lain kononnya untuk memudahkan proses. Proses untuk mengira undi atau untuk membeli undi, tidaklah Malaymind tahu.


Berlainan dengan rakan - rakan Malaymind di dalam PAS. Mereka sanggup bekerja keras bukan kerana duit. Niat mereka hanya dua - untuk menaikkan parti yang mereka rasakan parti Islam dan untuk menjatuhkan UMNO yang katanya sebuah parti kurang Islam. Usahlah ditanya tentang DAP kerana mereka yakin ia senang dijinakkan seperti yang berlaku di Perak. Janganlah bertanya tentang PKR kerana mereka juga punya misi, tetapi bukan kerana Islam dan bukan juga kerana bangsa.

Namun, tidak mengapa.

Kita sememangnya perlu berbeza pendapat demi untuk mengimbangi antara satu sama lain. Jangan sama - sama berjuang menggadai maruah masyarakat Melayu Islam sudahlah.

Berbalik kepada pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Andaikan Malaymind layak mengundi, siapalah agaknya yang menjadi pilihan?

Yang Malaymind mahukan ialah mereka yang kuat - personaliti, intellektualiti dan integriti.

Gelak besar rakan-rakan dari PAS.

Bagi mereka ini, Elizabeth Wong itu lebih elok budipekertinya kerana dia rakan sepakatan. Nasib baik belum ada ayat Quran dikeluarkan melainkan kenyataan bersama dari Muslimah PAS untuk bersama-sama Eli.

Jadi, kenapakah agaknya Dr Khir menjadi pilihan?

Kerana dia telah mendapat pengajarannya dari kejatuhan yang pahit dan dia adalah dari golongan rakyat. Dia terpelajar dan misinya jelas sampaikan ada orang begitu marah dengan anugerah penyapunya. Dia mungkin sedikit tidak mesra, tapi mesra rakyat tidaklah sepenting mampu 'deliver' untuk rakyat.

Datuk Khalid MB selangor yang mesra rakyat tu pun tidak mahu melawat kawasan apabila bencana alam kerana kononnya untuk menjimatkan duit rakyat. Takkanlah membazirkan duit rakyat kalau pergi melawat dan isi sendiri minyak keretanya. (Katanya: delegasi)

Kenapa pula bukan KJ walaupun dia berkelulusan Oxford?

Agak anda siapalah yang menasihatkan Pak Lah untuk menjual MV Agusta, menunda jambatan bengkok dan meletakkan calon PRU12 sesuka hati? Keputusan-keputusan ini setakat ini tidak melambangkan Oxford sedangkan semua orang tahu pengaruh KJ terhadap Pak Lah.

Tambahan pula KJ hanya berada di Malaysia beberapa waktu dari hidupnya. Sebab itulah orang kata jauh 'berjalan' luas pengalaman, bukannya jauh'menetap'. Sedangkan pucuk yang tinggi melangit pun, perlu akar yang kuat tertanam di bumi, apatah lagi yang baru saja mengenal negara.

Adakah kerana persepsi KJ merupakan liabiliti kepada UMNO?

Mungkin juga tetapi kenalah bersifat adil dan memberikan KJ lebih masa untuk kita mengenalinya. Mereka di kawasan seluas Rembau itu pun belum menikmati potensi KJ apatah lagi kita di peringkat nasional.

Sekiranya sayangkan intellektualiti KJ, maka simpanlah dia lebih lama di dalam politik tanah air dengan kemenangan besar di Rembau PRU13 nanti dulu sebelum memberikannya tanggungjawab yang lebih besar. Masa masih panjang, usahlah penyokong KJ terburu-buru.

Kenapa tidak Datuk Mukhriz?

Datuk Mukriz juga kurang pengalaman pada pendapat Malaymind tapi setakat ini kekal menjadi alternatif bayangan Tun Dr Mahathir. Tapi, maaflah, dia masih belum terbukti dan sikapnya belum mencapai tahap Tun Dr Mahathir yang 'keras' dalam 'lembut' itu lagi. Dia perlu lebih masa seperti juga KJ.

Kesimpulannya, KJ dan Datuk Mukriz sepatutnya merebut jawatan Naib Ketua Pemuda.

Mungkin juga lain kali, Malaymind patut bertukar cawangan dan menolong Akubetul bagi memenangi Ketua Pemuda cawangan. Sekurang-kurangnya dapat juga mempengaruhi undi sedikit sebanyak.

Jadi, buatlah pilihan yang terbaik aduhai rakan-rakan pemuda.

Monday, February 16, 2009

Pertandingan Dua Bukit: Revolusi Pakatan Rakyat



Gambar diambil dari Husin Lempoyang.

Setelah difikir - fikir, rakan - rakan di dalam Pakatan Rakyat selalu mengatakan PR adalah setanding BN dalam mempromosikan semua kaum. PAS mengatakan 'bangsa itu tidak penting, Islam adalah lebih penting', DAP mengatakan, 'ya kita semua rakyat Malaysia' dan PKR bukan setakat mengatakan, mereka terus melakukan 'parti semua bangsa'.


Kalaulah benar begitu, apa kata rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat berpakat - pakat untuk membuktikan revolusi yang dibawa oleh PR berbanding BN:




1) Letakkan calon melayu di kawasan Bukit Selambau yang majoritinya melayu dengan hampir 30% india dan;




2) letakkan calon bukan melayu, di kawasan majoriti Melayu (63.5%) dan Cina (27%) Bukit Gantang.

Ujian sebenar parti politik yang kononnya bebas dari perkauman akan bermula disini.

Apa kata anda?

Yang pasti, PAS sudah tidak mahu.

p/s: Untuk BN pulak, belajarlah dari kesilapan - kajilah sentimen pengundi setempat, letaklah calon yang sesuai dan mulakanlah reformasi parti sebelum terlambat.

Friday, February 13, 2009

Perak Sepintas Lalu..

Malaymind bukanlah rakyat negeri Perak.

Tetapi, apa salahnya kalau dibuat kajian sendiri untuk tatapan rakan - rakan. Kita cuba menggunakan sebanyak fakta yang ada dan kemudiannya kita tengoklah pula khabar angin yang mungkin benar atau tidak.


Fakta 1: Rujukan undang-undang negeri Perak ?


  • Tumpuan diberikan kepada perkataan "... confidence of the majority of the member OF the Legislative assembly". Perkataan 'OF' disitu membawa maksud berbeza dengan 'IN'. Maka dapat disimpulkan bahawa:
  1. Benarkah Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan majoriti ADUN? Jawapannya: Ya, melalui perjumpaan Sultan dengan semua ADUN untuk mendapatkan maklumbalas.

  2. Adakah dinyatakan tempat khas yang diwajibkan untuk menyatakan kehilangan sokongan ini? Jawapannya: Tidak, kerana perkataan 'OF' itu tadi. Walaubagaimanapun, ini adalah 'grey area' yang boleh dibahaskan dimana menurut pandangan PR, ia perlu dinyatakan HANYA di dalam dewan.

  3. Adakah Sultan mempunyai kuasa? Ya, baginda mempunyai budibicara mengikut Fasal 18 (2) (b). Kali ini, baginda memilih untuk tidak membubarkan DUN dan meminta MB meletak jawatan. Ir Nizar juga telah tahu akan kuasa budibicara ini, sebab itulah beliau menyerahkan cadangan untuk membubarkan ADUN setelah mengetahui beliau kehilangan sokongan.

Fakta 2: PR menang majoriti ADUN tapi bukan majoriti rakyat ?

  1. Harus difahami bahawa Pakatan Rakyat tidaklah diiktiraf sepertimana Barisan Nasional dalam konteks perundangan. Ia adalah satu pakatan secara tidak rasmi sahaja.

  2. Kalau kita melihat kembali peristiwa DS Ir Nizar menjadi MB pun, HANYA dengan deklarasi ADUN PR yang lain, barulah undang-undang dapat menerima DS Ir Nizar sebagai MB.

  3. Kalau dilihat dari segi jumlah parti yang paling banyak mendapat sokongan rakyat untuk negeri Perak:
  • Barisan Nasional: 203305 undi (40.7%)

  • DAP: 188484 undi (37.8%)

  • PKR: 57020 undi (11.4%)

  • PAS: 48483 undi (9.7%)

  • Bebas: 1635 undi (0.3%)

  • JUMLAH pengundi: 498927 undi (100%)
  • ADUN: 31 PR;28BN

(Link rujukan:Keputusan Pilihanraya Perak 2008)

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah:

  • Secara kolektifnya, Barisan Nasional masih lagi menjadi pilihan majoriti rakyat Perak.

  • Pakatan Rakyat telah mengambil kesempatan memanipulasi undi dan kemenangan ADUN - ADUN bagi membentuk kerajaan campuran. Sultan Perak pada waktu ini telah menggunakan budibicaranya menerima manipulasi itu.

Selepas dilihat secara faktanya, maka sekarang bolehlah kita bincangkan mengenai perkara bukan fakta termasuklah khabar angin:


Sultan Perak di'blackmail' untuk memihak kepada BN?

Di blog - blog pro pembangkang, telah diwujudkan satu teori yang mengatakan Sultan Azlan terikat dengan keputusan bisnes yang melibatkan anaknya. Isu ini mungkin atau tidak mungkin menjadi perkara teras tentang keputusan baginda tetapi harus diingat bahawa:

  • DS Harussani, mufti Perak yang terkadang pro-pembangkang pun menyokong Sultan Perak dalam hal ini. Keputusan mufti yang berterusan menyokong Sultan ini perlu diperhalusi kerana setakat ini, beliau tidak takut melawan kerajaan BN dalam hal - hal yang beliau rasakan benar.

  • Sultan Azlan Shah sendiri adalah bekas hakim. Kalaupun baginda di'blackmail', beliau tahu isu peribadinya tidak akan dapat melawan fakta undang- undang.

MB boneka DAP?

Dengan hanya mempunyai 1 exco dan 1 jawatan Menteri Besar, PAS sememangnya tidak mampu untuk menjadi wakil yang kuat untuk melayu di Negeri Perak. Walau apa jua alasan yang diberikan oleh DS Ir Nizar, keputusan beliau dalam beberapa isu menjelaskan segala-galanya.

  • Isu hak milik Tanah 999 tahun kepada Kg Baru.

  • Isu tambahan bantuan kepada Sekolah Aliran Cina sahaja.

  • Portfolio penting menjadi habuan hanya untuk ADUN dari DAP.

Hanya penyokong PAS Perak diperkudakan DAP melawan untuk Sultan?



  • Antara peristiwa penting yang membuktikan hal ini ialah rusuhan yang telah berlaku di Perak. Setakat ini, tidak pula kelihatan mana - mana penyokong DAP cuba untuk merusuh sepertimana penyokong PAS. Sudahlah MBnya dibonekakan, penyokongnya juga nampaknya tidak terkecuali?

Kesudahan:

Yang hilang kuasa akan mahu pertandingan semula.

Perkara paling asas mengenai pertandingan semula ialah ia akan menjadi lebih kotor tidak kira di pihak Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

Masing - masing mempunyai energi yang kuat untuk menjatuhkan, memalukan, mengutuk, menimbulkan kekacauan semata-mata untuk menang. Kesan kekacauan politik tidak akan menguntungkan mana - mana pihak dan tentunya tidak akan berakhir:

  • Isu yang dibangkitkan di negeri Perak semasa berkempen akan menghantui seluruh negeri lain. Lebih teruk kiranya ia melibatkan isu perkauman.

  • Pihak yang menang tidak mendapat jaminan keamanan dapat dihidupkan semula kerana pihak yang kalah tidak akan dapat menerima kekalahan dengan baik. Masyarakat masih tetap berbalah. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

  • Satu soalan: Andaikan dahulu PR berjaya memerintah Malaysia berdasarkan majoriti yang kecil. Dek kerana BN yang kalah, BN mahukan pertandingan semula, adakah PR akan membenarkan? Jawapannya tentulah tidak dan inilah yang dilakukan oleh BN di saat ini. Mereka yang kalah sememangnya mahukan pertandingan semula.

Yang menang akan tetap mahu kekalkan kuasa dan cuba memenangi hati rakyat.

  • BN tentunya akan mengambil peluang yang pendek ini untuk membuktikan kepada rakyat Perak. Kesan perubahan hanya akan dapat dinikmati kurang dari 4 tahun nanti.

  • BN sepatutnya sudah dapat membaca kehendak rakyat buat masa ini. Orang cerdik akan tahu apa yang perlu dibuat.

  • Malaymind percaya, PR akan melakukan perkara yang sama.

Untuk difikirkan:


Kenapa Pakatan Rakyat tidak diformalkan?

  • Apabila orang yang bekerjasama menyangka parti mereka lebih kuat, mereka tidak akan berkompromi. Itulah yang terjadi di dalam Pakatan Rakyat.
  • PAS mempunyai agenda Islam yang tidak diterima oleh DAP, manakala PKR menjadi orang tengah yang menumpang sokongan kedua -dua pihak. Perbezaaan dasar ini adalah penghalang terbesar untuk penyatuan pakatan ini. Isu dasar ini adalah perkara sensitif yang melibatkan sokongan rakyat.


Kenapa Pakatan Rakyat lebih selesa begitu?

Untuk mendapat kemudahan undian peringkat nasional dan undian peringkat akar umbi dimana:

  • Pemimpin PR dapat bercakap dari hati ke hati dengan penyokong akar umbi mereka berkenaan dasar parti yang tidak berubah dan bagaimana seharusnya rakan - rakan lain di dalam PR akan tunduk kepada parti mereka.
  • Mereka akan berupaya untuk menunjukkan sokongan palsu di peringkat Nasional berkenaan dasar - dasar parti PR yang lain atau sekurang - kurangnya cuba mengelak dari menjawab.
  • Segalanya demi untuk mendapatkan kuasa.

PRU13 sudah tidak lama


Ketidakstabilan parti politik akan merugikan semua pihak termasuk mereka yang tidak terlibat i.e peniaga, penjual, orang kampung. Sultan Perak telah melakukan perkara yang betul walaupun terdapat suara sumbang yang menyalahkan baginda. Malah, BN sendiri tidak menyalahkan baginda apabila menggunakan budibicara untuk melantik Ir Nizar dulu.

Lagipun, semua pihak mempunyai PRU13 untuk mendapatkan semula mandat rakyat dan ini sudah tidak lama. Kalaupun sesiapa yang menang dan dapat memerintah negeri Perak, ia hanyalah sementara. Jadi, bersabarlah.


Yang menarik untuk diikuti nanti ialah kerusi untuk 2 ADUN yang bakal dipertandingkan. Apa pula kata pengundi kali ini?